Sunday, March 11, 2012

Abe Jib Kata "Pilihlah Kerajaan Yang Mampu Urus Tadbir Negara"

Pilih Kerajaan Yang Mampu Urus Tadbir Negara - Najib
PEKAN: Rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang dilihat mampu untuk mengurus tadbir negara dengan cekap demi kelangsungan kesejahteraan dan kemakmuran, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata memilih sebuah kerajaan yang mampu mengurus tadbir negara adalah penting kerana rakyat pada akhirnya juga yang akan menerima manfaatnya.
"(Memilih kerajaan) Bukan setakat pandai bersyarah sahaja atau gantung 'bulan' paling tinggi, tetapi kelebihan urus tadbir negara dan agensi, baru boleh jana kekayaan, bila dah berjaya, wajib bantu rakyat dan orang ramai," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Vitamin 1Malaysia dan penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 di Dataran Pekan, di sini, Ahad.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Dr Shamsul Anuar Sulaiman.
Najib berkata ungkapan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan perlu diterjemahkan dalam bentuk realiti supaya boleh dirasai dan dimanfaatkan oleh rakyat.
"Kerajaan melalui Pelan Transformasi Ekonomi dan kerajaan serta pentadbiran yang berasaskan kepada KPI (indeks prestasi utama) maka kita berjaya merangsang dan memacu ekonomi yang baik iaitu pada kadar pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus pada tahun lepas," katanya.
Beliau berkata pencapaian itu perlu dilihat sebagai satu pencapaian yang amat baik ketika negara dan dunia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
"Kita juga telah dapat mengembangkan ekonomi sebanyak RM1.3 trilion pada tahun lepas, satu rekod yang belum pernah dicapai sebelum ini, juga pelaburan tambahan sebanyak RM105 bilion," katanya.
Perdana Menteri berkata kesan tadbir urus yang cekap juga membolehkan pelbagai agensi kerajaan mendapat keuntungan sekaligus dapat mengagihkan keuntungan kepada rakyat yang memerlukan.
"Contohnya 1MDB, bila dapat untung kita bentuk yayasan dan kita bagi pada rakyat yang memerlukan bantuan, seperti nelayan, kita bagi bantuan menerusi program Ihsan Samudera.
"Belum pernah dalam sejarah kita bagi pelbagai bantuan seperti yang rakyat dapat dalam sebulan dua ini macam bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, baucar buku RM200 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah ada yang kata seumur hidup tak pernah pegang lima keping duit RM100, katanya.
"Justeru, ingatlah kerajaan ini untuk rakyat dan yang berbudi kepada rakyat dan kita tahu bila rakyat akan balas balik budi kepada kita," katanya.
Pada majlis itu, Najib menyampaikan bantuan vitamin kepada 7,321 sekolah seluruh negara yang melibatkan 516,472 pelajar sekolah rendah yang terlibat dalam program Vitamin 1Malaysia.
Sumbangan vitamin yang diberikan itu bertujuan membantu meningkatkan tumbesaran dan kesihatan supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik murid-murid.
mStar

3 comments:

  1. "Belum pernah dalam sejarah kita bagi pelbagai bantuan seperti yang rakyat dapat dalam sebulan dua ini macam bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, baucar buku RM200 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah ada yang kata seumur hidup tak pernah pegang lima keping duit RM100, katanya.











    Kenapa belum pernah selama ini? Kenyataan seorang PM yang perangkap kerajaan dan diri sendiri

    ReplyDelete
  2. dah kerajaan bagi terima aje lah kalau tak bagi kata kerajaan songlap duit pasal tu rakyat tak boleh dibantu. Usaha yang baik patut disokong, tulah kena belajar bersyukur....dan bersangka baik. Kalau rase haram jangan ambil, rezeki tu kan datang dari Allah juge.

    ReplyDelete
  3. kalau dah kerajaan bagi terima ajelah. kalau tak bagi kata segala kekayaan negara puak kerajaan yang bolot sendiri. kena belajar bersyukur lah beb.. rezeki kan Allah yang bagi kalau rase haram jangan ambik.. puak pembangkang pun janji nak bagi macam macam kalau dpt perintah same aje beb , yang penting rakyat senang....hidup bn

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa