Thursday, March 8, 2012

Dari Lembu Semenanjung Melarat Pula Ke Sarawak

Menteri Sarawak didakwa terima sogokan RM70 juta
Ketika isu Menteri Muda Pertanian Sarawak yang mengarahkan bantuan kebajikan dan subsidi kepada seorang pekebun pro-pembangkang yang cacat dihentikan masih belum reda, lamanweb Sarawak Report membuat satu lagi pendedahan ke atas Datuk Mong Dagang yang juga tidak kurang panasnya.

NONELamanweb itu mendakwa bahawa Mong dan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri James Masing terbabit dalam kes sogokan RM70 juta daripada skim pembangunan tanah di kawasan pilihan raya Mong.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh Mong (kiri) pada 18 Jun 1997, selaku ADUN Bukit Begunan kepada Kho Chee Pheng dari sebuah syarikat di Kuching, Megaruma Sdn Bhd, meminta habuan bagi ‘bantuannya’.

Dalam surat itu, yang pertama kali didedahkan sekitar tahun 2010 oleh seorang penulis blog, Mong didakwa memberi kuasa kepada Kho untuk "mencadangkan, mengatur dan menjemput mana-mana pelabur berpotensi untuk menubuh dan membangunkan secara usahasama dengan pemilik tanah ladang kelapa sawit di Banjaran Kelingkang (Bukit Begunan), Sri Aman, Sarawak.”

"Saya dengan ini bersetuju bahawa pelabur perlu membayar sekurang-kurangnya RM1,000 bagi setiap ekar dan selepas ditolak bayaran kepada LCDA bakinya akan dibahagikan dengan 50 peratus kepada yang pemilik tandatangan di bawah ini manakala 50 peratus lagi kepada Kho Chee Pheng," petik surat itu.

Land Custody and Development Authority (LCDA) adalah sebuah badan berkanun milik kerajaan negeri yang ditubuhkan bagi memudahkan pembangunan tanah di Sarawak,  terutamanya tanah masyarakat peribumi.

Surat itu menamakan tiga syarikat, di mana satu daripadanya akan digunakan bagi usaha sama itu, serta tiga nama yang perlu didaftarkan dengan syarikat yang dipilih sebagai syarikat usahasama itu.

Ketiga-tiga syarikat itu adalah Noble Reserves Sdn Bhd, Noble Resources Sdn Bhd dan Noble Rewards Sdn Bhd manakala tiga nama berkenaan adalah Bawang Ak Dem, Leyta Kupa dan Henry Yan Masing.

james masing and parti rakyat sarawak prs logo launch 160107James Masing (dua dari kanan) adalah juga Menteri Kanan Sarawak bagi portfolio Pembangunan Tanah.

Sarawak Report juga mendakwa bahawa Bawang adalah isteri Mong, Leyta pula adalah isteri  setiausaha sulitnya Wilson Ugak James, manakala Henry James adalah adiknya.

Laman web itu juga menerbitkan satu dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membuktikan bahawa tiga penama itu adalah pemegang saham utama Noble Reserves Sdn Bhd, satu daripada syarikat yang disebut dalam surat berkenaan.




NONE

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa