Tuesday, March 27, 2012

GST Dan Kesannya Terhadap Rakyat Marhaen


Idris Jala Mengaku Najiblah Dalang Cukai GST!




Bekas bos Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilamar perdana menteri Najib Altantuya menjadi menteri kabinet dapur Rosmah Mansor sebentar tadi mendedahkan bahawa Akta Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) adalah hasil idea bosnya sendiri yang pernah mencetuskan kontroversi di parlimen tahun lalu.

Pendek sahaja jawapannya, "kamu tanyalah Perdana Menteri kerana dia Menteri Kewangan yang bertanggungjawab"!

Berikutan tekanan hebat dari Pakatan Rakyat dan mengetahui akta cekik darah ini bakal menghapuskan sokongan rakyat terhadap Barisan Najis, GST terpaksa diketepikan buat sementara.

Kununnya sudah 143 negara di dunia telah melaksanakan cukai ini bukanlah satu fakta kukuh untuk membenarkan apa yang Idris Jala fikirkan.

Rasional GST dilaksana kununnya untuk mengurangkan cukai korporat dan individu sebenarnya helah tersembunyi memaksa seluruh rakyat negara ini tanpa mengira pendapatan atau taraf hidup supaya menerima beban sama rata dengan orang kaya raya.

Apa yang perlu kita tahu keburukan GST adalah:

1) Cukai korporat dikurangkan manakala rakyat akan menanggung pelepasan cukai yang telah diberikan. Sebagai contoh, jika cukai korporat dihapuskan sebanyak RM3 bilion sahaja pun, rakyatlah yang akan menanggung beban membayar kehilangan RM3 bilion tadi dalam bentuk pembelian apa sahaja barangan.

2) Cukai pendapatan individu dikurangkan manakala rakyat yang tidak pernah membayar cukai pendapatan terpaksa menanggung beban. Sebagai contoh, jika kerajaan hilang cukai individu sebanyak RM10 bilion setahun, maka rakyat biasa yang tidak pernah tahu apa itu borang BE terpaksa membayar lebih barangan harian kerana RM10 bilion tadi sudah dipindahkan kepada barangan harian yang menyebabkannya naik mendadak.

3) Kos sara hidup makin tinggi. Dengan pendapatan cuma RM3000 sebulan, lebih 90 peratus daripadanya akan habis dalam tempoh tiga minggu di Kuala Lumpur berbanding sebelum ini mampu menyimpan lebihan gaji sebanyak RM200 sebulan untuk kes kecemasan.

4) Jenayah akan meningkat. Akibat harga barangan yang melambung, rakyat berpendapatan rendah akan menerima kesan langsung kerana hendak makan pun tidak mampu. Seterusnya jenayah seperti curi dan samun akan semakin meningkat, malah membatalkan sama sekali fakta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa indeks jenayah jalanan menurun!

5) Daya saing negara hancur. Apabila GST dilaksanakan, harga barangan termasuk yang diimport atau dieksport akan meningkat dengan ketara. Ini bermakna barangan tempatan yang dieksport ke negara asing akan lebih mahal harganya sekaligus produk Malaysia tidak laku menyebabkan daya saing negara dari segi eksport dan nilai jualan akan merosot teruk.

6) Kerajaan terlalu bergantung kepada wang cukai. Sumber asli seperti minyak dan gas yang disalah gunakan pemimpin Umno-APCO untuk memperkaya kroni dan menyelamatkan syarikat anak beranak seperti yang dilakukan Mahathir terhadap Mirzan yang rugi RM2 bilion, terpaksa menggunakan wang rakyat dan dibazirkan begitu sahaja. Apabila sumber ini habis dalam tempoh 20 tahun akan datang, cukai GST inilah yang akan digunakan untuk menyara kewangan kerajaan, sedangkan sepatutnya sumber asli ini milik rakyat 100 peratus dan mampu menyara kehidupan rakyat! Dunia dah terbalik!

Jika Idris Jala berani menjawab ketujuh-tujuh isu di atas dengan alasan munasabah, apakah GST akan dilaksanakan juga satu hari nanti?

Pakatan Rakyat ada jawapannya!

Undi BN, Terima GST!

Undi Pakatan Rakyat, TOLAK GST!!


Baca lagi di sini

2 comments:

  1. afirdaust,

    Terima kasih kerana sudi singgah dan menjadi follower blog ini

    ReplyDelete
  2. GST hanya wajar dikenakan pada barangan mewah bukan barang keperluan asas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa