Sunday, March 25, 2012

Satu Pandangan Bernas


REVOLUSI ARAB TERBUKTI SATU KONSPIRASI

Tidak lama dahulu, ketika tercetusnya kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudiannya menjalar hingga ke Mesir sebelum ke Libya, para pengkaji sosial politik berteraskan agama seperti Sheikh Imran N Hosein, telah menyebut, ia adalah salah satu daripada rancangan pihak Yahudi Zionis. Pandangan beliau juga pernah dikongsi oleh beberapa orang blogger di Malaysia. Namun, dek kerana terlampau taksub dengan al-kisah kebangkitan Islam diakhir zaman yang sememangnya akan berlaku suatu hari nanti, maka ramailah umat Islam yang terpengaruh dengan seni tipu-daya musuh-musuh Allah SWT ini. Mereka tidak sedar bahawa kesemua yang berlaku seperti kebangkitan kuasa rakyat hinggalah kepada kejatuhan para diktator telah terlebih dahulu dimaklumkan oleh kelompoksecret society. Konspirasi Yahudi atau dalam makna kata lainnya, tipu muslihat Yahudi telah dinyatakan di dalam Al-Quran : 

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenistipu daya. {1} 

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. {2}

Bacalah sepenuhnya di sini

1 comment:

  1. Jadi maksud artikel itu adakah lebih baik jika negara Arab kekal dikuasai oleh diktator yang mencengkam rakyat dengan pelbagai kezaliman?

    Lebih kurang biarlah UMNO/BN kekal memerintah Malaysia agar kita tidak tertipu dengan muslihat Yahudi/Zionis?

    Sebagai orang Islam, takut sangatkah kita dengan Yahudi? Gementar sangatkah kita orang-orang Islam hendak berdepan dengan tipu daya mahupun serangan Yahudi? Ke mana pegangan kita terhadap Al-Quran dan Sunnah? Mungkin terlalu ramai di antara kita termasuk para ustaz dan alim ulama yang telah dijangkiti penyakit WAHAM sehingga kita terlalu gentar untuk berjuang sebagai seorang yang cintakan syahid? Tak pelik kalau seorang sekular dijangkiti penyakit WAHAM tetapi jika yang turut dijangkiti itu adalah seorang ahli agama yang aku lihat hukuman mati sahajalah galang gantinya.

    Kita tahu tentang ancaman syiah terhadap akidah, kita tahu bahawa syiah memiliki kelengkapan persenjataan yang agak lengkap dan terkini. Persoalannya kenapa ulama sunni hanya berdiam diri? Kenapa tak digerakkan umat Islam dari aliran sunnah untuk turut sama membangunkan persenjataan seperti mana dilakukan oleh musuh-musuh Islam itu, bukan untuk tujuan berperang tetapi sebagai persediaan jika berlaku ancaman. Adakah kita terlalu lemah atau sesetengah ulama kita sendiri yang terdidik dengan pengaruh Yahudi banyak menabur racun pada benih-benih pembangunan Islam sendiri yang cuba diusahakan oleh umat Islam.

    Umat Islam dari 73 golongan hanya 1 sahaja diterima iaitu mereka yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi saya tidak melihat mazhab ASWJ yang diterima Allah tetapi insan yang berpegang kepada teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang diterima Allah. Kerana pada saya kini, sebahagian kita berpegang kepada mazhab ASWJ bukan lagi sebagai pegangan kepada Al-Quran dan As-Sunnah tetapi disebabkan budaya iaitu "datuk nenek aku berbuat itu dan ini, dan aku sekadar mengikutnya." Jadi fikir-fikirkanlah sama ada kita terpengaruh Yahudi atau memang kita sedang mengikuti jejak langkah Yahudi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa