Friday, March 16, 2012

Teruk Sangatkah Kualiti Air Kelantan: Adik Baginda Raja Katak Akan Kepalai Perhimpunan

Perhimpunan aman desak k'jaan K'tan selesai isu air
Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) menganjurkan perhimpunan aman di Pasir Pekan dekat Tumpat hari ini untuk mendesak kerajaan Kelantan supaya menyelesaikan isu air di negeri itu.
Presiden MTRK Azmi Ali berkata ia berikutan kegagalan kerajaan negeri menjawab beberapa persoalan dalam memorandum yang dihantar ke Pejabat Menteri Besar beberapa bulan lalu.

Beliau berkata pihaknya akan terus mengadakan roadshow di seluruh negeri ini bagi menyatakan pendirian MTRK dalam membela nasib rakyat Kelantan yang masih menghadapi masalah bekalan air bersih sejak kerajaan negeri mengambil alih teraju pentadbiran negeri 22 tahun lepas.
  
"Kita juga bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada Selasa untuk meminta kerajaan menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam pemberian pinjaman RM600 juta kepada kerajaan negeri melalui program bekalan air bersih," katanya kepada pemberita di perhimpunan itu.

Menurutnya, kira-kira 40 peratus rakyat Kelantan masih belum menikmati kemudahan air bersih malah masih menggunakan sumber air sungai, perigi dan telaga tiub.
  
Azmi berkata kerajaan negeri diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikan isu itu dan jika gagal berbuat demikian, satu lagi perhimpunan melibatkan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan akan diadakan.

- mk

2 comments:

  1. 10k org??? hehehe kita tunggu dan tengok :)

    ReplyDelete
  2. Insyaalallah kalau Umno menang.. Ibrahim ali jadi MB.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa