Tuesday, March 27, 2012

Wahai Pemimpin PR, Tak Payahlah Buat Gila!


DAP Kedah: 3 penjuru pilihan terakhir
DAP Kedah tidak akan menjadi penyebab kepada pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya rundingan dalam Pakatan Rakyat tidak gagal sepenuhnya.

kedah defection ceramah 220510 dap adun lee guan aikMenjelaskan kenyataannya semalam, ADUN Kota Darul Aman Lee Guan Aik berkata, situasinya setakat ini tidak sampai ke tahap itu dan ia akan diselesaikan dengan bantuan daripada pimpinan pusat Pakatan.

"Masalahnya pemimpin tertinggi belum membincangkan perkara ini. Tetapi saya masih berharap mendapat penyelesaian terbaik," katanya ketika dihubungi.

Lee terpaksa membuat penjelasan itu selepas dihujani soalan pemberita ekoran kenyataannya semalam yang berkata DAP tiada pilihan kecuali pertembungan tiga penjuru sekiranya gagal mendapat lebih banyak kerusi.

Kenyataan itu dibuat sebagai response kepada kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak bahawa tiada kerusi tambahan kepada DAP dan pembahagian dibuat berdasarkan status quo paada 2008.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa