Saturday, April 28, 2012

Abe Jib Kata "Henti tipu rakyat, cetus huru hara"

Itu Abe Jib kata tapi aku belum pasti siapa tipu siapa. Siapa penipu dan siapa pula tertipu!
Bagi aku hanya yang bodoh saja kena tipu. Logik ker tidak puluhan ribu yang turun ke jalanan hari ini dikatakan kena tipu tu bodoh dan baghal semuanya...


Henti tipu rakyat, cetus huru hara: Najib

2012/04/28

PETRA JAYA:  Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan pihak pembangkang yang mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 supaya berhenti menipu rakyat dan mencetus huru hara dalam negara. 

Perdana Menteri berkata, perhimpunan bagi membantah proses pilihan raya di negara ini yang kononnya tidak bersih itu hanyalah untuk menutup kelemahan parti dan kredibiliti pemimpin pembangkang yang kini dipersoalkan rakyat.
Katanya, ini kerana pemimpin pembangkang sedar kerajaan Barisan Nasional lebih baik daripada mereka dan terbukti berjaya membela rakyat selama ini, berbeza dengan mereka yang gagal menunaikan janji selepas diberi mandat memerintah di beberapa negeri.
"Jangan tipu rakyat, jangan bohong rakyat, jangan buat huru hara dalam negara kita. Kita adalah negara yang aman, kita nak negara yang progresif dan kita akan membina masa depan yang lebih gemilang di bawah kerajaan kita. 

"Sebab itulah kita berhimpun hari ini. Janji ditepati, janji lima tahun lagi insyaAllah akan kita tepati," katanya berucap melancarkan Jelajah Janji Ditepati di pekarangan Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini. 

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri , Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dan isteri,  Puan Sri Ragad Kurdi Taib. 

Pada majlis itu, Najib turut mengedar buku Janji Ditepati dan menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) serta menikmati makan tengah hari bersama rakyat.bharian 

3 comments:

  1. Rakyat bukan tertipu dengan Pakatan Rakyat... tapi rakyat dah menyampah sangat dah dengan UMNO dan BN yang mentadbir negara ini sejak sekian lama... kami nak cuba sistem dua parti yang banyak memberi kebaikan kepada rakyat... kerana Pakatan Rakyat kuatlah berbagai insentif kepada rakyat diberikan oleh kerajaan kepada rakyat... dulu masa zaman Dr.M, buku teks sekolah kena beli bagi individu yang berpendapatan RM3OOO ke ats... kononya kerajaan dah tak mampu nak tanggung dah kos buku teks... tapi bila UMNO kalah teruk dalam p/raya ... boleh bagi percuma pula.. siap bantuan waqng saku RM100 lagi... ITULAH WAYANG UMNO...

    ReplyDelete
  2. aku sokong memang benar klu x kalah pada pru 12 jgan. haraplah nak dapat berbagai2 insentif ini semuanya hikmah disebalik kekalan bn kalu menang lagi besar kepala dunia ni macam dia sorang yang punya..kita perlukan kerajaan yg x korup telus dan yg boleh dipertanggung jawabkan bukan kerajaan yg makan rasuah rompak harta rakyat spt rolayti petronas dan sbagainya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa