Thursday, April 26, 2012

Apalah Jenis Bengongnya Ni, Tengah Berperang Barikan 'Peluru' Kepada Musuh!

Naib pengerusi DAP bantah BERSIH di Dataran
Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

NONE"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.

Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin.

Tambahnya, penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat.

"Sebenarnya mereka nak protes. Kenapa perlu lakukan di sana? (Dataran Merdeka) sedangkan DBKL sudah tidak membenarkan.

"Nanti akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.

"Mesti ada jalan lain tanpa melakukannya di jalanan... Ada saluran lain yang boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar undang-undang," tegasnya.

Sehubungan itu, Tunku Aziz berkata, walaupun beliau merupakan sebahagian daripada pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi ia tidak menghalangnya untuk memberi pendapat peribadi.

Jelasnya, pendirian itu juga tiada kaitan dengan keputusan partinya.

"Walaupun kita daripada parti tetapi tidak bermakna kita perlu rasa bersalah dengan pendirian kita. Kadang kala kita sokong dan ada kalanya tidak," ujarnya.

Bacalah pula apa kata MCA

Tunku Abdul Aziz patut dipuji, kata MCA
Pemuda MCA memuji Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana "berpegang teguh kepada prinsip" dalam menolak penggunaan Dataran Merdeka untuk perhimpunan BERSIH pada 28 April.

NONEDalam satu siaran akhbar hari ini, Setiausaha Agung Pemuda MCA
Chai Kim Sen (kanan) memuji Tunku Abdul Aziz kerana meminta BERSIH menerima cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menukar lokasi perhimpunan itu, dan menyifatkannya sebagai "agak rasional".

Beliau juga menyifatkan naib pengerusi DAP itu sebagai "contoh yang baik" untuk pemimpin-pemimpin lainnya, sambil memuji beliau kerana mengutamakan kepentingan terbaik negara dan bukannya untuk kepentingan politik.

"Komen beliau dibuat selepas mengambil kira kebajikan negara kita.

"Ini harus diberikan pujian dan saya harap DAP tidak akan mengambil apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya," Chai (kiri). - mk

8 comments:

  1. Tan Sri bodoh ni bukannya pernah naik basikal pun..... apa lagi nak menerima risiko di tembak meriam air....kalau terus beri jawatan Perdana Menteri tentu sekali lahanat ini setuju.

    ReplyDelete
  2. Assalam..

    ayat Tunku ni macam ayat geng2 katak jek..

    baiknya hati takmo melanggar undang2..yg pihak pemerintah melanggar perlembagaan taknak sebut ke..??

    ReplyDelete
  3. spesis bangang macam ni jangan simpan lelama, kelak jadi barah dalam badan

    ReplyDelete
  4. orang mcm ni bahaya,,,nada yang sama dengan hasan aqidah,,masa mula2 krisis dgn pas,,

    ReplyDelete
  5. BUDAKBOY

    Tu le pasal. Pemimpin yg tak pernah jejak kaki kat selut kampung. Makanan depa ni, satu suap je entah2 dekat RM10 kot?????..

    Nak ajak org cam ni berpanas??? piiirahhh..

    Apa tunggu lagi Lim Kit Siang/LGE.. bawak usul tendang keluar je mangkuk hayun ni.

    ReplyDelete
  6. woi! tunku... ada kami kesahhh?

    ReplyDelete
  7. Ini jadinya bila pemimpin yg tak pernah turun kebawah bersama rakyat. Cakap macam orang BANGANG ja. Nama saja Tunku, tapi, telor pon tak dak. Haprak punya pemimpin.

    ReplyDelete
  8. Bunyi macam Berahem Katak atau Alfadhil Hassan Ali..teringat jugak Lee Lam TAYAR disaat nak hampir PRU baru tau Musang Berbulu!

    Orang macam ni jangan kasi bertanding..menang lompat. Aduh!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa