Tuesday, April 17, 2012

Bagus Untuk Dicuba

Kunyit Cegah Sakit Jantung

Bahan antioksidan dan antikeradangan yang terkandung dalam kunyit dipercayai mampu mencegah serangan jantung di kalangan individu yang baru menjalani pembedahan pintasan jantung, menurut satu kajian terkini.

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Kardiologi Amerika itu mendapati, ketika pembedahan pintasan dilakukan, otot jantung boleh rosak akibat kekurangan aliran darah untuk tempoh yang panjang.

Namun, penyelidikan yang diketuai Wanwarang Wongcharoen dari Universiti Chiang Mai di sini mendapati, pigmen kuning atau curcumin yang terkandung dalam kunyit berupaya mengurangkan risiko berlakunya keadaan itu.

Kajian tersebut dijalankan di kalangan 121 pesakit yang menjalani pembedahan pintasan jantung bukan kecemasan antara 2009 dan 2011.

Separuh daripada pesakit diberi satu gram kapsul curcumin empat kali sehari, bermula tiga hari sebelum menjalani pembedahan dan berterusan untuk lima hari berikutnya, manakala separuh lagi tidak diberi herba tersebut.




Share dari sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa