Wednesday, April 25, 2012

Ini Citer Goblok Pemimpin PAS Di Kelantan

Mengapa Masih Ada Yang Kurang Peka?

Atur Program Serentak Dengan Bersih

Dalam orang ghairah bercakap soal himpunan Bersih: Duduk dan Bantah untuk membersih sistem pilihan raya bagi menjamin proses pemilihan kepimpinan negara telus dan berwibawa tetapi masih ada juga orang yang kurang peka terhadap tanggungjawab dan ikhtiar berkenaan. Kalau mereka dari golongan UBN tidak pelik kerana puak-puak UBN akan mempertahankan dengan apa juga sistem pilihan raya yang ada hari ini khasnya daftar mengundi, kerana ia menguntungkan mereka.
Abdul Fatah Haron
Sedihnya ia juga berlaku di sebelah parti Pakatan Rakyat. Tindakan ini kalau pun tidak boleh dikatakan tidak mahu memberi kerjasama atau sebotaj Bersih 3.0, ia boleh dianggap orang yang berbuat demikian bukan saja tidak peka dalam politik sebaliknya 'pekak badak' dalam soal-soal strategi dan juga usaha untuk mengembalikan hak rakyat.

Misalnya apa yang berlaku kepada Pas Rantau Panjang dibawah pimpinan Abdul Fatoh Haron sesuatu yang tidak mahu akal dan menyedihkan apabila beliau mengarahakna supaya mesyuarat agung Pas kawasan itu diadakan pada 28 April 2012 hari di mana berlangsungnya Bersih di Kuala Lumpur.

Kenapa Fatah memilih tarikh yang sama dan tidak menunda atau mempercepatkan mesyuarat Pas kawasan itu. Tindakan atau sikap begini menyebabkan orang mempersoalkan sejauh manakah kecerdikan dan keikhlasan Fatah dalam berpolitik. Kenapa saya kata begitu, kalau beliau cerdik dan mempunyai komitmen tinggi kepada perjuangan beliau tidak akan tergamak untuk memilih tarikh berkenaan.

Notis mesyuarat Pas R Panjang.
Apakah signifikennya tarikh itu untuk Fatah. Atau beliau mengira apabila mesyuarat diadakan pada tarikh itu ramai perwakilan peringkat cawanagn dan termasuk pemimpin tidak hadir maka mudah untuk beliau menguruskan mesyuarat. Sebelum ini kedengaran berlaku kepincangan dalam pengurus Pas Rantau Panjang, termasuk membentangkan penyata kewangan yang meragukan.

Dalam mesyuarat tahun lalu kecoh apabila sejumlah wang yang didermakan kepada Pas Rantau Panjang menerusi ahli Parlimen Siti Zailah Yusuf tidak dicatat dalam penyataan kewangan periode itu atas alasan bendahari terlupa. Macam mana boleh terlupa kerana jumlahnya bukan sepuluh dua tetapi puluh ribu? 

Ada janji untuk memperbetukan penyata itu dan ia sudah tentu akan dibentangkan pada mesyuarat kali ini. Apakah tektik Fatah agar pernyata yang dikatakan hendak diperbetulkan itu akan diluluskan dengan mudah apabila ada mesyuarat bakal diadakan itu tidak dihadiri semua perwakilan kerana terlibat dengan Bersih?

Sekiranya mesyuarat yang akan dirasmikan oleh bendahari agung Pas, Abdul Halim Abdul Rahman (rakan Fatah dalam geng tiga Abdul) diteruskan juga maka jelas Pas Rantau Panjang tidak mengendahkan arahan Pesuruhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah membuat pernyataan hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Sepatutnya perkiara ini tidak berlaku kerana Pas Pusat katanya telah memaklumkan mengenai Bersih dan meminta semua pemimpin dan ahlinya datang menyertai himpunan berkenaan. 

Sebaiknya Fatah menangguhkan mesyuarat Pas Rantau Panjang itu ke tarikh lain dan mengerahkan anak buahnya agar datang ke Bersih. Dalam konteks hari ini perjuangan untuk menawan Putrajaya lebih penting daripada apa-apa usaha dan strategi untuk mengekalkan seseorang di kerusi Dun atau memimpin parti.  Sekiranya takdir menghendakkan Fatah perlu keluar Pas bagi menjamin Putrajaya baru boleh ditawan, Fatah perlu berbuat membuat kurban demikian, keluar.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya kira-kira 100 ahli Pas di Dewan Undangan Negeri Gual Periok (kampung saya) sedang menimbang untuk menyertai Umno. Mereka dikatakan kecewa dengan sikap dan kepimpinan Fatah sebagai ketua kawasan. Fatah dikatakan tidak pedulikan kepada masalah mereka sementara Adun Gual Periok Ahmad Awang pula tidak berkeupayaan untuk menyejukkan hati mereka itu agar membatalkan hasrat menyertai Umno.

Ahli Pas itu katakan akan menyerah borang ke masukan dalam Umno kepada Mustapa Mohamed dalam tempoh terdekat. - MSO

2 comments:

  1. Boh,

    Dok kan dok napok lagi tektik dio. Dia tahu ore dok suko ko dio jadi dia buat la mesyurat agong pada hari ore laing takdok. Puok hok toksey sumo gi KL. tinggal puok dio jah pada mesyuarat agong tuh. Soh la dio menang lagi jadi ketua PAS kawasey.

    jadi sapo gong, sapo cerdik. hehehe

    jeng wokah aik

    ReplyDelete
  2. Ini pemimpin PAS songkok tinggi.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa