Wednesday, April 25, 2012

Inilah Sumber Duit Itu Rupanya!

Pemimpin Umno, Artis Berkahwin Di Siam?

Bual punya bual maka sampailah kepada soal-soal peribadi pemimpin Umno parti yang dianutinya termasuklah mengenai seorang pemimpin Umno yang sehari dua ini dikaitkan dengan seorang artis. Menurut kawan saya itu dia tahu atau mendapat maklumat mengenai pemimpin kanan Umno berkenaan memang ada hubungan dengan artis berkenaan.

Dia menafikan yang pemimpin kanan menteri itu memberi wang sampai mencecah jutaan ringgit kepada artis berkenan. "Setahu saya dia tidak memberi wang sebanyak itu. Sebaliknya apa yang saya tahu, artis itu mendapat wang dari pihak lain..," katanya perlahan-lahan dan selamba. Agak kekok juga untuk dia memberi tahu 'rahsia' itu.

Pihak yang memberi wang atau diterima oleh artis itu dari mereka yang ingin mendapat sokongan atau projek dari pemimpin Umno berkenaan. "Saya tahu sebab saya dan kawan ada berhajat untuk mendapatkan projek dari pemimpin Umno berkenaan, dan saya juga bercadang memberikan wang kepada artis itu.." katanya.

Di sini saya tertegun dengan kata-kata itu. Kenapa harus memberi wang kepadanya (artis)? "Demo tidak tahu ke, pemimpon Umno itu sudah kahwin dengan artis berkenaan. Kawan tahu ini sebab puak-puak kita di Tanah Merah yang mengaturkan perkahwinannya di Siam, Puak Tanah Merah hampir-hampir ikut menjadi saksi.

Saya lagi tertegun dan mendekatkan telinga dengannya. Percakapan saya dengan kawan itu tidak diberi perhatian oleh kawan-kawan lain yang duduk semeja panjang yang dicantum menjadi dua."Perkahwinan itu bagaimana pun tidak didaftarkan, tetapi ada orang tahu..." tambahnya. 

"Ini sedap ceritanya ni," kata saya menarik perhatian. Kawan itu terus bercerita dan bercerita sehingga dia minta saya merujukkan kepada orang bernama Zubir... "Demo tanya Zubir dia tahu sebab dia yang membawa pemimpin kanan Umno dan artis itu berkahwin." Sambungnya.

"Bila mereka kahwin?" soal saya.

"Lama dah, tahun lepas lagi..." jawabnya selamba dan bersahaja seperti mana lagaknya sebelum ini.

"Zubir tu orang mana," tanya saya.

"Dia orang kita juga...." balasnya. Sayang perbualan itu tidak sampai habis sebab masa untuk dia bersama kawannya ke kamar hakim sudah tiba. Kawan itu memberi jaminan dia akan bercerita lagi apabila kami bertemu semula. Bacalah sepenuhnya dari sumber di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa