Tuesday, April 17, 2012

Mu Ni Kecek Sedap, Acu Mu Paling Tengok Negeri Sediri Gaak....

Menteri tolak dakwaan negara sudah bankrap
Masyarakat luar bandar tidak terpinggir dalam arus pembangunan malah mereka sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan BN, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata mereka akan terus berpeluang menikmati pelbagai kemudahan selagi BN menerajui kerajaan.

Berucap pada program Mesra Rakyat Parlimen Padang Besar anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Perlis di Taman Santan Dua dekat Kangar pada Selasa, beliau berkata, BN telah terbukti berupaya membela rakyat melalui pelbagai program dan kegiatan.

Shafie yang juga naib presiden Umno menolak dakwaan pakatan pembangkang bahawa negara ini telah bankrap sedangkan menurutnya, kerajaan terus mencatat pertumbuhan ekonomi sehingga mampu memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk rakyat.

Antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mana kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion untuk membantu 5.2 juta isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 dengan setiap isi rumah menerima RM500, katanya.

Selain itu, katanya kerajaan turut memberikan bantuan baucar buku dan mengadakan skim Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi meringankan beban hidup rakyat.

Menurutnya, pakatan pembangkang hanya memperjuangkan politik sempit mereka dan membuat janji-janji untuk memikat sokongan rakyat dan bukan berjuang untuk mewujudkan negara yang cemerlang.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Shafie mengumumkan peruntukan RM450,000 bagi pembinaan dewan orang ramai di Santan.

Sebelum itu, beliau turut meninjau lapan buah rumah yang daif di sekitar kawasan Santan dan berjanji peruntukan akan dikeluarkan secepat mungkin bagi membaiki rumah-rumah berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

- Bernama

2 comments:

  1. Sabah tak dapat peruntukan PPRT ke? kalau dapat buatkan rumah baru la. buat apa repair.

    ReplyDelete
  2. Sdr. Hati Muda

    Sepanjang lawatan saya ke Sabah, Rakyat Sabah di pendalaman kebanyakannya sangat lebih teruk dari Rakyat Kelantan yang diwar-warkan miskin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa