Thursday, April 19, 2012

Nampak Ada Benarnya....

Parti yang busuk sampai ke usus dan pemimpin yang korap dari yang tertinggi sampai ke bawah


Kadang2 saya rasa jurublog yang menyokong UMNO ini terdiri dari orang tongong. Mungkin itu sebab nya, Dr Mahathir kata yang tinggal dalam UMNO orang bingung dan half past six. Adakah munasabah jika saya hendak menentang UMNO dan BN, saya tidak di beri  bercakap mengenai Dato Najib dan Dr Mahathir atau mana mana pimpinan UMNO? Bukankah mereka ini semua manusia- kalau kentot pun, busuk juga?

Ini macam mengajak saya bergocoh tapi nak ikat tangan saya di belakang. Bolehlah kamu belasah orang yang tangan diikat di belakang. Geng dan gerombolan UMNO ini apa yang tidak mereka kata kepada Nik Aziz, Haji Hadi, Guan Eng, Kit Siang dan Anwar Ibrahim? Saya rasa istilah dalam kamus perkataan jijik dan kotor pun sudah tidak ada. Kita kena buat kamus special untuk pendukong UMNO. 

Kalau nak ikut membontot orang- Dato Najib lah yang berada di depan sekali- bukankah dia jadi naib ketua UMNO Malaysia dahulu dengan membontot di belakang Anwar? 
Kita ini semua nak berlawan berhujjah. Menyampaikan buah fikiran dan pandangan kepada pembaca dan pengundi. Biarlah mereka yang melakukan pengadilan. Pendukong UMNO dan penyokong UMNO tulislah sepuas hati dalam blog mereka sendiri. Tentu mereka ada pembaca setia dan audiens. Tidak perlu bersusah payah membaca Sakmongkol. Mereka mengunjung juga ke blog Sakmongkol sebab mereka tahu, kalau pandangan mereka saya siarkan, mereka mendapat respectability. Dalam blog geng2 mereka, siapa nak membaca nya? Penuh dengan caci nista, maki wa hamun dan pandangan2 yang dangkal. Kalau apa yang kita kemukakan kepada pembaca dan pengundi tidak betul, mereka akan menolak kita.

Kalau kita faham rukun berbeza pendapat, semua orang akan puas hati. Bila UMNO kalah dalam PRU nanti mereka akan puas hati dan di kalangan Pakatan Rakyat yang menang, kita akan puas hati jugak.

Yang orang UMNO takut sangat desakan kita mahukan daftar pengundi disemak dan di bersihkan kenapa? Bukan kah kita mengkhianati negara jika kita beri mykad segera kepada Mat Myanmar, Mat Nepal, Mat Bangla, Indon dan lain2 PATI?

Sebab itu saya kata, apa perlunya kita membesarkan anggota RELA? nak jaga keselamatan siapa? Semua PATI kita terima dengan tangan terbuka. Kita sambut dengan nyanyian dan tabur bunga rampai. Kita kata lagi- selamat datang, ahlan wa sahlan. Sebab bila Sabah dan Sarawak tidak lagi jadi simpanan tetap, gerombolan UMNO menjadikan FELDA dan PATI sebagai simpanan tetap. UMNO hanya menang dengan cara menipu.

PM kata nak jadikan Malaysia demokrasi terbaik. Maka jangan sekat semua parti politik di beri masa udara untuk menyampaikan pandangan. BN ada semua alat sibaran am- TV dan radio dan entah apa lagi- mana mungkin tidak terdaya berlawan hujjah dengan pihak pembangkang? 

Kita guna dakwat kekal untuk mengelak penipuan. Kalau tak, ada orang boleh undi 4-5 kali. Dan kita mantapkan kaedah undi pos. ini tuntutan yang valid dan sahih. Yang UMNO berlagak macam parti yang reaksioner tidak mahu mengujudkan rukun demokrasi yang baik, kenapa?
Jadi Dato Najib jangan ek lah nak bercakap mengenai demokrasi terbaik dalam dunia dan bongkak pula menyatakan pemansuhan ISA sebagai pengorbanan kepada rakyat. Bukankah kita ada institusi perundangan dan penghakiman dan kepolisian? Atau mungkinkah PM dari UMNO ni pun turut sangsi tentang integrity institusi yang di ujudkan oleh kerajaan nya?

Saya hendak semua orang faham- bahawa semua jawatan dan kedudukan politik bersifat TOL. PM duduk di Putrajaya atas aturan TOL. Lesen Pendudukan Sementara bukan hak milik kekal.  Semua nya bergantung keatas sokongan rakyat dan rakyat berhak menilai semual setiap 5 tahun.

Pihak keselamatan mesti menjaga keselamatan rakyat bukan keselamatan UMNO. Jika identity penyerang penuntut di kenali tangkap mereka dan dedahkan siapa mereka. Baru kita tahu siapa yang mendalangi serangan tersebut. Dimana kah pihak polis ketika samseng2 mengasari pelajar yang bermukim di dataran merdeka? Pelajar bermukim untuk menuntut pemansuhan PTPTN bukan nak buat bonfire. Ini kerja matlaon UMNO dan agent provocateurs lain.

Apalah sangat pemansuhan PTPN di bandingkan dengan kemaafan yang di berikan kepada Tajudin Ramli? Apalah sangat jumlah pembiayaan PTPTN di bandingkan dengan sabsidi yang di beri kepada syarikat pengendalian TOL, IPP dan sebagai nya? Jika kita menyuruh pelajar2 memulangkan balik pinjaman PTPTN- maka kita mesti juga menyuruh Mirzan Mahathir memulangkan kembali 1.8 billion duit Petronas yang di pakai nya untuk menyelamatkan syarikat perkapalan nya suatu ketika dahulu. Petronas bukan nya lender of last resort dan harta peribadi keluarga Dr Mahathir.

Saya hendak ibu bapa, saudara mara dan sahabat handai pelajar2 yang di kasari dan di pukul, ingat baik baik kezaliman ini. terjemahkan kemarahan anda semua dengan mengundi UMNO dan BN KELUAR dari tampuk kuasa. Mengundi mereka bererti memberi lesen kepada mereka untuk membuli anak anak kita. Budak2 yang kena pukul ini tidak ada ibu bapa kah untuk di perlakukan sedemikian rupa? 

Artikel saya sebelum ini menulis mengenai tebiat Dr Mahathir. dialah orang yang paling takut jika UMNO dan BN kalah. Bila UMNO jalah kita akan bongkar segala onar dan mungkar yang di lakukan oleh UMNO dan BN sejak 1981.  TOL jalan raya, pelabuhan, IPP- semua wajib di bongkar supaya rakyat tahu. 

Dan insitincts saya mengidentifikasikan Dr Mahathir ternyata tepat. Sekarang ini dia sibuk berkempen on line menggesa pengundi memilih UMNO dan BN. untuk apa Dr? untuk memberi lesen kepada UMNO terus merompak dan melanun rakyat Malaysia dan memperkudakan orang Melayu? Kita heran kenapa Dr Mahathir mahu mempertahankan parti yang rotten to the core dan parti yang mengetuai kerajaan yang korap dari yang paling tinggi hingga ke pemimpin peringkat cawangan? Kenapa kita mahu beri mandate kepada UMNO dan BN?

Jika tidak kerana manipulasi persempadanan kawasan parlimen, UMNO dan BN telah lama berkubur. Sekarang dalam saat hendak lemas dan nazak, UMNO menggunakan segala kumpulan reaksioner untuk membuli rakyat. Maka benarlah seperti yang di nyatakan oleh Pendita Zaaba- 
Rakyat Malaysia dan bangsa Melayu…mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah2 yang pada zaman dahulu itu- iaitu pemerintah2 dari bangsa mereka sendiri…

1 comment:

  1. alahai abang oii!!akak nak bagi tau sikit oghang bn/umno/apco ni layak dihumban kerumah sakit mental aje!.kamus hidup mereka adalah kitab busuk sampai kekubor.manakan tidaknya,kitab suci al quran dan hadith mereka kata tak boleh guna pakai.mereka yang macamni kita nak jadikan pemimpin/wakil,kirim salam ajele.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa