Sunday, April 29, 2012

Utusan........... Dah Dekat Nak Mamposss!

Utusan: Tali Hayat Yang Bakal Putus

Pagi-pagi lagi saya telah menerima PM - personal mesej meminta saya mengulas laporan akhbar penjilat buntut Mingguan Malaysia hari ini. "Tuan buatlah ulasan mengenai kejahatanUtusan Malaysia yang melapor tentang bersih itu.." katanya. Walaupun saya belum membaca akhbar berkenaan tetapi saya sudah boleh agak apa yang dilaporkan oleh akhbar lidah hitam Umno itu. Laporannya pasti jahat punya.
Perhatinkan siapa yang menterbalikkan kereta polis itu.
Saya bukan anti media massa sebenarnya, saya orang media. Saya cuba melendikkan pemikiran saya dan membina persepsi baik kepada apa-apa juga pemikiran akhbar. Saya bukan marah dan tidak setuju kepada Utusan, Berita Hariandan seracunnya dengannya tetapi saya juga tidak sukaHarakah atau Suara Keadilankerana bentuk pemberitaan mereka gagal menjadikan akhbar itu sebagai pembentuk fikiran sihat dan bergerak ke arah perpaduan.

Saya marah semua sekali. Tetapi cara Utusan sudah melampau. Utusan bukan lagi menjadi Pencetus Hati Nurani Rakyat yang menjadi taglinenya. tetapi Utusan menjadi pencetus perbalahan dan persengketaan sesama sendiri. Utusan telah menjadi pencetus api perkauman, pemfitnah dan segala macam keburukan dan kebusukan di gendung akhbar usang itu. Saking jahatnya Utusan menyebabkan orang melihat seluruh organisasi itu hitam melegam. Bukan saja pak-pak pengarang tetapi despatch pun turut dijeluakkan.

Kejahatan dan kuasa fitnah akhbar ini semakin meluas dan melebar. Mereka yang menduduki jabatan pengarang sudah hilang kewarasan. Doktrin Yahudi sudah meresapi ke saraf otak mereka.  Sebenarnya akhbar berkenaan tidak layak lagi untuk disebut dan dibicarakan sebagai sebuah media pembangun nusa dan bangsa negara ini.

Semalam lagi saya sudah mengagakkan apa yang akan diterbitkan hari ini. Malahan saya sudah memberi beberapa gambaran tajuk yang akan dipakai oleh akhbar berkenaan berhubung Bersih. Mesti spin punya... kalau tidak spin pengarang dan penasihat di Utusan tidak layak untuk meminum darah syaitan. Mereka dibayar gaji dan segala macam elaun untuk membeli tikit ke Neraka.

Tulisa saya di Fb semalam:

Besok akhbar PB akan menyiarkan laporan buruk terhadap bersih 3.0 dengan tajuk muka depan, Himpunan Bersih Kotor, ataupun Para himpunan ganas, atau pun Bersih 3.0 tidak hormati undang-undang, ataupun Bersih 3.0 menimbulkan huruhara. Surat khabar PB juga akan merekodkan jumlah yg berhimpun tadi hanya 10,000 orang sahaja. Saya membuat prediction ini untuk tidak merujakan hati para penyokong bersih yang telah lama berita mengenai kegiatan mereka dispin oleh akhbar berkenaan. Kepada saya biarlah apa yang media hendak kata dan berapa jumlah yang akan dikreditkan bahawa keadaan nyanya UBN waktu ini tidak ubah seperti telor dihujung tanduk yang akan jatuh dan berkecai bila-bila masa saja.


Saya sudah beri tajuk-tajuk untuk Utusan.
Ternyata apa yang saya prediction itu betul 100%. Saya sudah dapat membaca kejahatan bertradisi akhbar berkenaan terhadap oposisi. Cuba bazirkan wang M2.50 hari ini dan belikan akhbar berkenaan kemudian teliti tajuk-tajuk dan isinya.

Di sini saya tidak mahu mengulasnya panjang lebar mengenai itu kerana membazir air liur. Bercerita mengenai Utusan memberi dosa kering kerana mengecerkan kejahatan. Apa yang hendak saya paparkan dan perkatakan di sini yang saya sudah boleh membaca apa yang ada dalam kepala orang Utusan. jadi jangan 'adik kakak' merasa hairan dengan kejahatan dan kebejatannya.

Sebelum ini pun saya sudah memberi formula atau petua bagaimana untuk mempercayai apa-apa dilaporkan akhbar berkenaan. Asas berita yang menjadi amalan akhbar itu hanyalah 6.25 sahaja. Maksudnya nilai kebolehpercayaan hanya 6.25 peratus saja.

Formulanya begini, sesebuah berita spekulasi, rencana beragenda, apa-apa juga berita mengenai oposisi anda hendaklah membahaginya kepada dua. Misalnya kepercayaan asas anda mulanya 100 peratus ia hendaklah dibahagi dua, jadinya 50. Itu asas yang benar tetapi belum pasti sahih.

50 peratus itu hendaklah dibahagi dua, jadi 25 peratus kemudian yang 25 peratus dibahagi dua lagi maka jadilah 12 setengah. Yang 12 setengah ini pun tidak boleh dipercayai terus ia hendaklah dibahagi dua iaitu jadi 6.25 peratus. Angka akhir inilah yang boleh difikirkan sebagai benar.

Manakala mengenai angka yang diberikan akhbar berkenaan juga ada formula tersendiri. Kalau angka kehadiran di pihak pembangkang biasanya akhbar itu menolak angka sebenar dengan 20 hingga 60 kali ganda. Misalnya kalau himpunan bersih semalam mencecah 250,000 Utusan akan mengurangkan menjadi hanya 25,000 sahaja atau kurang daripada itu, mungkin 15,000.

Sebaliknya kalau kehadiran di pihak Umno atau BN akhbar itu akan menambah angka itu sampai ratusan kali ganda. Kalau kehadiran 5,000 akan ditambah angka satu atau dua dihadapan menjadi 15,000 atau 25,000 adakanya mencecah 35,000.

Permainan angka-angka inilah menjadikan nawaitu akhbar itu untuk membantu UBN khasnya Umno menjadi senjata makan tuan. Angka-angka ini menyebabkan Umno syok sendiri seperti mana tahun 2008 parti itu dibaham tsunami teruk setelah merasa selesa berada di atas rumah di puncak gunung.

Berbalik kepada Utusan tadi kejahatannya sangat jelas. Kejahatan yang disebut dan diulang-ulangi dalam Quran. Kebusukannya tidak boleh ditusuk selindung lagi. Kerana terlampau jahat menyebabkan kebatilan yang mereka lakukan dibalas dengan dengan kebenaran pada saat itu juga. Cuba perhatikan sekeping gambar Bersih keadaan bagaimana sebuah kereta polis yang diterbalikkan. Utusan cuba memberi gambaran dan cuba mencetakkan dalam minda umum yang para himpunan Bersih ganas, kejam dan jahat. Saya rasa dalam hal ini Utusan sudah merancang dan berkerjasama erat dengan pihak polis. Mungkin perbincangan rapi diadakan beberapa hari sebelum Bersih diadakan. 

Bagi Utusan yang menterbalikkan kereta polis itu ialah peserta Bersih. Kejadian itu berlaku selepas kereta itu merempuh pembahagi jalan, bukan rempuh orang... kata Utusan. Tidak disebut langsung yang kereta berkenaan sengaja merempuh peserta Bersih. Kenapa? Inilah kejahatan nyata oleh akhbar berkenaan yang telah mengklonkan lidahnya dengan lidah syaitan. Di sinilah saya katakan akhbar ini telah menyimpulkan fakta dalam kilas yang carik dan cuba mencetuskan nafsu amarah umum dengan cetusan itu. Utusan pencetus kejahatan.

Perhatikan juga baik-baik orang yang sedang memterbalikkan kereta berkenaan. Apakah warna baju yang mereka pakai? Bukankah baju atau uniform peserta Bersih berwarna kuning atau hijau? Apakah pula baju dua tiga orang yang sedang memterbalikkan kereta itu. Bukankah ianya berwarna hitam? Jadi siapa mereka? Jelas mereka bukan perserta Bersih atau Lynas kerana mereka memakai baju Bersih dan Lynas berwarna kuning dan hijau.

Di sni kerana terlalu ghairah hendak membuat jahat dan fitnah Utusan terlupa untuk menukar warna baju mereka. Atau pun penjahat itu terlupa menanggal dan menukar baju? Polis juga sudah sebati dengan warna kejahatan mereka iaitu hitam. Polis kalau hendak serbu orang secara gelap, hendak tangkap dan tembak orang akan pakai sarung muka berwarna gelap.

Saya rasa dengan penjelasan ini orang ramai tahu akan peranan, tanggungjawab dan juga kesilapan akhbar itu dalam memburukkan pihak lain dan cuba menjadikan Umno sebagai telor emas. Benarlah bagai di kata kalau kita melampau didalam sesuatu perkara itu, kemelampauan akan memakan diri kita akhirnya.

Kerana apa yang berlaku itu adalah provokatif yang dicipta untuk melahirkan insiden-insiden menyayat yang akhirnya menatijahkan kejadian yang buruk bagi digunakan sebagai modal pilihan raya, saya yakin insiden semalam termasuk juga kejadian pistol polis dirampas dan hilang sekejap itu akan digunakan sebagai modal untuk memburukkan Bersih dan Pakatan Rakyat. Perkara inilah akan ditanam di kepala umum selepas wang (BR1M) ternyata gagal mempedayakan rakyat.

Mengabadikan foto semasa menjalankan tugas.
Bagi saya oposisi tidak perlu risau dan rungsing kerana rakyat sudah tahu segala kerja akhbar PB dan persepakatan di antara media dengan pihak berkuasa seperti polis itu. Rakyat yang sudah dibasuh mindanya tidak akan percaya sementara yang sikit-sikit hendak percaya juga akan mengoyak seluruh saraf akarnya untuk menilai semula kebolehpercayaan akhbar berkenaan kerana ianya sudah melampau. Saya sarankan Utusan boleh dibaca tetapi tidak boleh dipercayai.

Utusan juga kini senasib dan segelisah dengan Umno. Utusan bolehlah dianggap tembuni kepada Umno. Sekiranya Umno sudah hancur atau rosak maka ia juga akan rosak dan akan menjadi gemulah. Kepada penjengok blog MT akan faham dengan penjelasan ini serta mengenali bagaimana peranaan akhbar berkenaan yang ternyata ia lebih buruk dan busuk dari kertas penyapu tahi di dalam jamban[wm.kl.9:49 am 29/04/1
2] - MSO

2 comments:

  1. pada 16.04.2012 umno pulau pinang memberi sumbangan akhbar utusan percuma.. dihantar kerumah..siap lekat sticker "sumbangan ikhlas umno pulau pinang" namun akhbar sampah hanya layak duduk di bakul sampah...

    ReplyDelete
  2. Kita berada di Akhir Zaman. Dajjal datang membawa syurga baginya, tetapi sebenarnya neraka bagi ALLAH. Tentera-tentera mereka telah banyak bertebaran membawa syurga mereka. Berdoalah agar kita tidak tergolong dalam kelompok tentera-tentera dajjal laknatullah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa