Thursday, May 31, 2012

Bacalah Lalutan Tauke Tilam Mahathir....

Musa Hassan: 'Anwar minta saya lapor kepada dia'

WAWANCARA Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba campur tangan dalam siasatan kes Liwat 1.

Musa mendakwa Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu mengarahkannya beliau supaya melapor hasil siasatan kepadanya walaupun Anwar merupakan tertuduh dalam kes itu. 
NONE"(Anwar) minta saya lapor kepada dia tiap-tiap malam. Saya kata tak boleh (sebab) saya profesional. Kalau saya lapor pun kepada Ketua Polis Negara," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Musa mendakwa beliau turut didatangi adiknya, Datuk Fuad Hassan yang menurutnya dihantar Anwar untuk memintanya "membantu" Anwar dalam kes itu. 

"Saya kata tak boleh sebab saya pegawai polis. 'Kalau you (Fuad) terlibat campur tangan saya tangkap you walau pun you adik saya.' Saya profesional," katanya.

Fuad pada masa itu adalah ADUN Hulu Klang dan kini merupakan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA). 

Musa berkata perdana menteri pada masa itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memberinya amaran agar menyiasat kes itu dengan telus.

"Dia panggil saya tanya 'betul ke kamu siasat?' Dia kata 'you siasat betul-betul. Kalau you mengadakan keterangan palsu you masuk jail'," katanya.

Tukar tarikh kejadian

Mengulas lanjut mengenai perjalanan perbicaraan kes itu, Musa berkata Peguam Negara bertanggungjawab ke atas keputusan meminda tarikh kejadian yang didakwa berlaku dalam pertuduhan tersebut sehingga tiga kali.
ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 2Namun, beliau menegaskan bahawa siasatan yang dijalankannya pada masa itu sudahpun lengkap untuk membolehkan Anwar didakwa di mahkamah.

"(Tarikh berubah-ubah) itu dakwaan punya side-lah (perlu jawab). Saya tak boleh nak jawab. Siasatan sudah lengkap tapi boleh jadi tarikh (berubah-ubah) kerana kejadian dah lama.

"Bila benda dah lama orang tak ingat tarikh," katanya yang tetap percaya bahawa Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa kerana terdapat bukti mencukupi pada masa itu.

Peguam Negara pada masa itu adalah Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah sementara Peguam Negara sekarang, Tan Sri Gani Patail mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tersebut.

Individu yang mendakwa diliwat Anwar dalam kes berkenaan, Azizan Abu Bakar mendakwa kejadian tersebut berlaku di Tivoli Villa, Bangsar.

Namun, ketika tarikh kejadian yang didakwanya itu, kondominium berkenaan masih belum disiapkan.

Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dari pertuduhan itu dengan keputusan majoriti pada tahun 2004.

Ambil spesimen darah

Musa turut mengaku bahawa polis mengambil sampel darah Anwar selepas insiden 'mata lebam' – kerana ditumbuk ketua polis negara pada waktu itu, Tan Sri Rahim Noor.

Sampel darah itu digunakannya untuk siasatan dalam kes Liwat 1.
anwar ibrahim black eye small 080206"Darah itu saya ambil kerana masa dia ditangkap (isteri Anwar) Datin Wan Azizah kata polis nak suntik dia dengan darah AIDS. Apabila dia cakap begitu saya kena buat report. 

"Kalau betul dia ada AIDS, saya takut polis yang kena tohmah," kata Musa yang mempertahankan bahawa tindakannya itu dibuat mengikut menurut undang-undang dan prosedur.

"Saya pernah gunakan untuk ujian DNA untuk tilam. Saya kena siasat menyeluruh sebab tuduhannya menyeluruh," katanya.

Mahkamah menolak bukti DNA pada tilam tersebut.

Ditanya mengenai siasatan dalam kes mata lebam Anwar, Musa berkata pegawai penyiasat untuk kes tersebut ialah mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain dalam beberapa siri surat terbukanya akhir-akhir ini giat menimbulkan dakwaan bahawa Musa dan Abdul Gani terlibat menyalahguna kuasa dan memalsukan bukti dalam insiden mata lebam.

Seorang saksi dalam kes tersebut, Dr Abdul Rahman Yusof – yang mengesahkan bahawa mata lebam Anwar mungkin berpunca akibat dipukul diri sendiri – dilantik oleh peguam negara pada masa itu, kata Musa lagi.

Tambahnya, mustahil untuk beliau memalsukan bukti kerana terdapat ramai pegawai polis dalam lokap pada malam kejadian didakwa berlaku.

"Bukan Rahim Noor seorang. Ramli Yusuff (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil) pun ada di situ di dalam lokap itu," katanya.

Perbicaraan melibatkan dakwaan pemalsuan bukti dalam kes itu akan berlangsung pada Oktober.

Kalau Dah Bahlul Tu, Ngaku Jerlah!

Ali Tinju: KERABAT patut jaga rumah sendiri

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom memberi amaran kepada Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) yang mengkritik tindakannya membuat "senaman punggung" di hadapan rumah Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dua minggu lalu.NONEMohd Ali (kiri) menyifatkan teguran Presiden KERABAT Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai tanggapan luar biasa terhadap gimik yang dilakukan mereka.

"Saya berterima kasih. Itu hak saya. Hormati hak saya. Tapi saya nak beri amaran pada (presiden KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, jaga rumah beliau, jangan masuk rumah orang," katanya ketika ditemubualMalaysiakini di rumahnya di Puchong. 

Kedua-dua NGO untuk pesara tentara itu mempunyai pendirian berbeza dalam pelbagai isu apabila PVTM cenderung kepada kerajaan manakala KERABAT pula dilihat sebaliknya. 

Selepas senaman punggung kontroversi sebelum ini, KERABAT tampil menyelar tindakan itu dan menganggapnya bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara.

Sementara itu, Mohd Ali juga terus mengasak KERABAT supaya memberikan penjelasan berhubung laporan yang mengatakan mereka mendakwa tentera disuruh untuk makan daging tidak halal. 

"Saya cabar dia supaya jawab pertanyaan saya hari ini. Saya ada rakaman. Dia mengatakan dahulu kita (tentera) di suruh makan daging tidak halal. Siapa yang suruh?" kata Mohd Ali, 41, sambil mendakwa kenyataan itu dibuat di Puchong suatu ketika dahulu.

PVTM pada 5 Oktober lalu dilaporkan sudah menggesa Kementerian Pertahanan menyiasat dakwaan itu.

Ketua penerangannya Mohd Jurit Ramli berkata, pihaknya pelik mengapa dakwaan itu muncul sekarang dan bukan semasa pemimpin KERABAT masih berkhidmat.

Mohd Ali yang dikenali sebagai Ali Tinju turut mempertikaikan KERABAT yang didakwa tidak menjalankan apa-apa aktiviti di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi membela nasib pesara tentera.

Kenapa Ganas Akan Berterusan?

Saya petik keratan dari ulasan blog Hishamuddin Rais (Tukar Tiub)


Bukti akhir tentang rancangan jahat memang diatur ialah kenyatan Mahathir Muhamad sehari sesudah peristiwa berdarah di Pantai Dalam. Dengan licik lagi terancang Mahathir telah membuat kenyataan bukan mengutuk keganasan si penyerang tetapi menuduh Pakatan Rakyat sedang merancang demonstrasi ganas jika Pakatan kalah dalam pilihan raya yang akan datang.

Kenyataan Mahathir ini adalah kata laluan untuk ahli gerombolan United Malays National Organsiation bertindak ganas dan terus menyerang.

Melakukan keganasan yang terancang bertujuan untuk mengancam. Keganasan ini dilakukan terhadap penyokong Pakatan. Mereka yang luka berdarah atau yang dimasukan ke hospital bukan sasaran utama.
 
Yang menjadi sasaran utama ialah orang ramai yang sedang memerhatikan keadaan tegang yang terus berlaku. Dimana-mana pun dalam dunia ini semua warga tidak suka kepada kacau bilau. Mereka mahukan kestabilan. Kestabilan ini adalah mantra dari United Malays National Organisation. Cara kerjanya cukup senang: gerombolan membuat huru hara kemudian mereka tampil menuduh huru hara dicetus oleh penyokong atau pemimpin Pakatan Rakyat. Pihak yang menuduh akan dilihat baik dan bertanggung jawab untuk membawa kembali kestabilan.

Huru hara ini juga akan menakutkan orang ramai. Pakatan Rakyat melalui media tradisional akan dituduh sebagai punca keganasan dan kekacauan. Yang buat lain – yang dituduh lain. Saperti kenyataan Mahathir dan tiga orang bekas Ketua Polis Negara terhadap Bersih 3.0. Keganasan polis terhadap para demonstran telah dialihkan kepada keganasan penyokong Bersih. 

Pucuk pimpinan United Malays National Organsiation amat sedar bahawa sokongan terhadap parti ini semakin merosot. Mustahil para Menteri tidak sedar bahawa parti politik mereka dilihat haprak. Orang Melayu semakin menolak parti ini. Masyarakat China telah hampir 90% tidak akan lagi menyokong mereka. Masyarakat India sekali lagi mula menjauhkan diri menyokong mereka.
 
United Malays National Organisation akan hilang kuasa bukan lagi satu yang mustahil. Semua jalur pemerhati politik dalam dan luar negara melihat pengaruh dan kuasa politik United Malays National Organisation akan berakhir.
 
Justeru, satelah memahami semua ini maka kita wajib kembali kepada realpolitik. Hilang pengaruh bermakna hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna hilang punca-punca ekonomi. Berbilion-bilon ringgit harta kerajaan akan bertukar tangan. Mengikut kata Najib - duit berbilion ringgit dan harta kekayan negara inilah yang wajib dipertahan sampai ke titisan darah terakhir.
Baca`ulasan penuh di sini

Penyebuk Betul Ularmak Yang Sekor Ni!

Harussani jadi orang tengah debat Najib-Anwar
Salmah Mat Husain,30 Mei 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Mufti Perak itu tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang tengah debat PAS dan Umno, sebaliknya menjadi orang tengah debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco bagi mengulas kenyataan Mufti Perak itu yang menyerangnya dalam media dua hari lalu.

Harusani dalam media berkenaan mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai ‘melampau’ kerana meletakkan syarat untuk muzakarah dengan Umno dan menyifatkannya tidak mahu melihat perpaduan dalam Islam.

“Saya nak minta dia (Harussani) jadi orang tengah debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Dia dah hentam PAS, tetapi nak jadi orang tengah (muzakarah PAS-Umno), mana ada orang nak terima dia.

Tambahnya, andainya Harussani enggan, beliau tidak perlu lagi bercakap banyak dan menyentuh pihak lain.

Pada masa yang sama Tuan Guru turut menjawab kenyataan Harussani yang mempersoal PAS inginkan kerusi pada pilihanraya.

Menurut Tuan Guru, kaedah sekarang sememangnya memerlukan kerusi untuk berdakwah dan menegakkan syariat.

“Andainya tidak ada kerusi, bagaimana kita nak berdakwah," ujarnya.

Bila Hujan, Kera Dan Beruk Pun Melompat-Lompat Dan Meraung-Raunglah

Pemuda Umno dan NGO buat laporan polis terhadap Nizar

30 Mei 2012
Pemuda Umno dan NGO buat laporan polis terhadap Nizar
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
JOHOR BAHRU - Pergerakan Pemuda Umno Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim.
   
Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno Pulai Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi.
   
"Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1," katanya pada sidang media malam tadi.
   
Turut hadir pada sidang media itu ialah wakil dari Perkasa Parlimen Pulai, Pekida Zon Kempas, KRT Skudai Kiri dan Persatuan Dewan Belia Jaya serta lebih 50 anggota mereka.
   
Menurut Asyik, mereka menyokong kenyataan yang dibuat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris di dalam Twitternya bahawa pembelian nombor plat itu menggunakan duit peribadi Sultan Johor dan bukan wang rakyat.
 
"Sehubungan dengan itu, kami meminta Mohamad Nizar meminta maaf secara terbuka terhadap Sultan Johor," katanya sambil menambah, Sultan Johor amat pemurah terhadap rakyat menerusi pelbagai sumbangan sebagaimana yang dibuktikan menerusi program Jelajah Kembara Mahkota.
   
Polis, kata beliau, perlu membuat siasatan terperinci dan mendalam terhadap kenyataan yang dianggap menghasut, Mohamad Nizar itu.
   
Sementara itu Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata pergerakan itu amat kesal dengan kenyataan bekas menteri besar Perak itu.
   
"Kenyataan Mohamad Nizar itu telah mendedahkan lagi perangai buruknya terhadap khalayak ramai," katanya dalam satu kenyataan.
   
Menurut beliau, adalah lebih baik bagi Mohamad Nizar tidak membuka mulutnya dan memfitnah Sultan Johor memandangkan beliau tidak berasal dari negeri ini dan tidak mengetahui latar belakang Kesultanan Johor. - SH

UMNO, UMNO. Maksiat Dan UMNO Berpisah Tiada..

Pemuda BN lancar 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya'
6:40AM Mei 31 2012
Pemuda  BN melancarkan Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' sebagai salah satu cara pergerakan itu mendekatkan diri dengan generasi muda.

"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian  kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Bercakap selepas merasmikannya di ibunegara semalam, Khairy berkata Pemuda Barisan BN lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang menurutnya, hanya pandai menabur janji.

"Kalau kita lihat perbandingan antara Pemuda BN dan pembangkang, kita (Pemuda BN) mempunyai perancangan masa depan yang jelas, lebih realistik serta tidak menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' sebaliknya menawarkan sesuatu yang dapat dikecapi serta janji yang dapat kita laksanakan," tambahnya.
    
Turut hadir di majlis perasmiannya ialah Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda MIC T. Mohan, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan.

Sementara itu, T. Mohan berkata konsert itu yang akan diadakan di 11 lokasi di seluruh Semenanjung bermula 1 hingga 24 Jun anjuran Pemuda MIC dengan kerjasama Pertubuhan Artis-Artis India Malaysia dan Persatuan Belia Karismatik Malaysia akan menampilkan artis India terkenal tanah air.

- mk

Wednesday, May 30, 2012

Hanya Beruk-Beruk Gila Saja Yang Tak Senang Tengok!

Lebuhraya rakyat, Umno makin gelisah
Abdul Aziz Mustafa,30 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai adalah tamparan hebat kepada kerajaan Umno setelah sekian lama mendera rakyat Kelantan, kata Datuk Mahfuz Omar.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika dibandingkan, sudah 18 tahun Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan dan sepanjang masa itu juga pelbagai lebuh raya dibuat di sana sini, tetapi di Kelantan ianya dinafikan.

"Sudah 55 tahun perintah negara, tetapi tetap tidak mahu buat lebuh raya untuk rakyat Kelantan.

"Bila kerajaan dan rakyat Kelantan berpadu tenaga hendak buat sendiri lebuh raya itu itu, Umno begitu sakit hati dan marah," katanya.

Mahfuz menyifatkan pelbagai ejekan Umno terutama oportunis-oportunis politiknya terhadap projek itu sebagai bukti bahawa mereka begitu marah dan gelisah terhadap projek itu.

"Buruk sungguh perangai mereka. Sudahlah begitu keras hati tidak mahu membina lebuh raya untuk kemudahan rakyat Kelantan, bila kerajaan negeri itu berpadu tenaga dengan rakyat mahu membinanya, mereka marah-marah pula dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata yang semakin membuktikan lagi akhlak buruk mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai itu menjadi tamparan yang lebih menyakitkan hati para pemimpin Umno apabila kosnya hanya RM1.8 bilion.

"Mereka meracau-racau dan mendakwa jumlah itu tidak cukup untuk membina lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu.

"Maklumlah, projek kerajaan Umno hebat-hebat belaka harganya. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) umpamanya, dari anggaran asal RM1.1 bilion melambung kepada RM12.5 bilion seperti kata PricewaterhouseCoopers (PwC)," kata beliau sinis.

"Itu belum lagi ambilkira projek Scorpene yang melambung luar biasa harganya sampai tak berani hadiri inkuiri mahkamah Perancis yang menyiasat urusniaga itu," katanya lagi.

Kerajaan PAS Kelantan terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.

Bertentangan dengan dakwaan Umno yang memperlekehkan pembinaan lebuh raya tersebut,  Jawatankuasa Teknikal dan Kewangannya telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.

Kepada Yang Berkuasa:Kisah Untuk Tauladan

Charles Taylor sentenced to 50 years for war crimes


May 30, 2012 -- Updated 1300 GMT (2100 HKT)

(CNN) -- The first former head of state to be convicted of war crimes since World War II was sentenced to 50 years in prison Wednesday by an international court in The Hague, Netherlands.
Charles Taylor: Liberia's feared warlordThe Special Court for Sierra Leone convicted former Liberian president Charles Taylor last month of supplying and encouraging rebels in neighboring Sierra Leone in a campaign of terror, involving murder, rape, sexual slavery and the conscription children younger than 15.

He was also found guilty of using Sierra Leone's diamond deposits to help fuel its civil war with arms and guns while enriching himself with what have commonly come to be known as "blood diamonds."


Taylor directed his gaze downward while Presiding Judge Richard Lussick read the sentencing statement, which began with a horror cabinet of carnage committed in Sierra Leone by rebels from the Revolutionary United Front, which the former president backed.

He spoke of amputations with machetes -- some carried out by child soldiers forced to do so -- and read accounts by witnesses who suffered under the violence."The accused has been found responsible for aiding and abetting as well as planning some of the most heinous and brutal crimes recorded in human history," said Lussick, who described one RUF military operation as the "indiscriminate killing of anything that moved."

"Witness TF1064 was forced to carry a bag containing human heads," Lussick said. "On the way, the rebels ordered her to laugh as she carried the bags dripping with blood."
Upon arrival, "the bag was emptied, and she saw the heads of her children."

A former child soldier, conscripted at age 12, in his testimony told of "having the letters RUF carved into his chest," Lussick said. "When ordered on a food-finding mission to rape an old woman they found at a farmhouse, the boy cried and refused, for which he was punished."

The prosecution had asked the Special Court for Sierra Leone to sentence Taylor, who was president of Liberia from 1997 to 2003, to 80 years behind bars, but the judges found the recommendation "excessive," citing the "limited scope" of the conviction in key attacks.

The prosecutors had failed to prove that Taylor assumed direct command over rebels who committed atrocities.

There is no death penalty in international criminal law, and Taylor, 64, will serve out his sentence in a British prison.

The former Liberian president is appealing his conviction and will receive credit for time already served since his apprehension in March 2006.

The atrocities he was convicted of supporting occurred over the course of five years -- almost his entire presidency -- and reached a peak in 1998 and 1999. Sierra Leone's civil war lasted from 1991 to 2002, ultimately leaving 50,000 dead or missing.

Although Taylor was not on the battlefield in Sierra Leone, the court saw his position of power as president of the neighboring country and the use of his own military's capabilities to stoke up RUF rebels as making him directly responsible for the bloodshed he encouraged.

Taylor does not see himself as a war criminal but as a victim -- a leader wronged by corruption and a hypocritical hand of justice with a political agenda.

"I never stood a chance," he said last week during his final courtroom stand. "Only time will tell how many other African heads of state will be destroyed."

Taylor accused the United States government of throwing the trial by paying prosecutors millions of dollars and claimed that witnesses had been bought.

He has expressed no remorse and insisted his intent was far from what had been portrayed by prosecutors. He has described himself as a peacemaker, saying he should be spared a harsh sentence.

His defense attorneys pointed to the former Liberian president's role in the peace process that ended the civil war as a mitigating factor in his sentencing.

But after lengthy consideration, the panel of judges -- which in addition to Lassick included Judge Teresa Doherty and Judge Julia Sebutinde -- did not buy it.

"While Mr. Taylor publicly played a substantial role in this process ... secretly, he was fuelling hostilities," Lassick said, supplying rebels with arms and ammunition.

Last month's landmark ruling by the Special Court for Sierra Leone against Taylor was the first war crimes conviction of a former head of state by an international court since the Nuremberg trials after World War II that convicted Adm. Karl Doenitz, who became president of Germany briefly after Adolf Hitler's suicide.

Former Yugoslav President Slobodan Milosevic was tried by an international tribunal, but he died before a judgment was issued.

Taylor, 64, was found guilty of all 11 counts of aiding and abetting the deadly rebel campaign in Sierra Leone.

He was a pivotal figure in Liberian politics for decades and was forced out of office under international pressure in 2003. He fled to Nigeria, where border guards arrested him three years later as he was attempting to cross into Chad.

The United Nations and the Sierra Leone government jointly set up the special tribunal to try those who played the biggest role in the atrocities. The court was moved to the Netherlands from Sierra Leone, where emotions about the civil war still run high.

Weh SPRM!, Kes Scorpène Yang Terang Tak Payah Bersuluh Tu Macam Mana?

SPRM Pula Hendak Kenakan Anwar? 

Wah cepat dan pantas sekali SPRM bertindak ke atas pendedahan bloger yang kini berada di tanah asing Raja Petra Kamarudin yang mendakwa kononya beliau memiliki fail rahsia timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan melakukan rasuah.

Raja Petra seorang bloger yang mempunyai banyak bapak tiri (god father) kini berada di luar negeri kerana mengelakkan untuk didakwa di mahkamah atas beberapa kes. Kata Raja Petra fail tentang rasuah Azmin itu diberikan oleh bekas pegawai SPRM kepadanya.

Bloger satu ini, sebelum ini banyak telah mendakwa memiliki rahsia peribadi para pemimpin negara ini yang mana kebenaran rahsia dan maklumat dimilikinya jauh meleset dan ia hanya sebuah ilusi beliau yang kini kesepian di luar negara saja. Mungkin orang masih ingat bagaimana dia membuat surat sumpah kononnya ada memiliki beberapa dokumen mengenai siasatan ke atas Altantuya Sharribu yang mati dibunuh kemudian jasadnya diletup.

Ekoran pendedahan itu, Raja Petra yang kononya mengaku mendapat maklumat dari seorang pegawai tinggi tentera menyebabkan pegawai yang tentera berkenaan yang masih bertugas dikenakan tindakan tatatertib. 

Selain itu beliau mendakwa memiliki segulung dokumen lagi yang diterima dari berbagai pihak mengenai berbagai skandal bertaraf dunia. Cara Raja Petera mengestbelishkan dirinya seolah-olah beliau adalah bank rahsia orang politik di Malaysia ini.

Berbalik kepada sikap cergas SPRM untuk membuka siasatan berhubung apa didakwa bloger yang berkepala goling ini (botak) itu ia agak anih dan menghairankan sedikit. Kenapa SPRM begitu cepat membuat siasatan sebaik saja perkara itu didedahkan. Dalam hal ini kenyataan tindakan segera SPRM yang membuat laporan polis terhadap pendedahan Raja Petra itu membolehkan badan itu menyiasat menakjubkan. Apakah bukan keutamaan untuk SPRM memanggil Raja Petra terlebih dulu untuk mengesahkan maklumat yang didakwa itu?

Menurut laporan Panle Operasi SPRM akan bermesyuarat esok untuk membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin di dihentikan. Nampaknya isu kini bukan tertumpu kepada Azmin tetapi meluas kepada Anwar Ibrahim pula.

Menurut pengarah siasaran SPRM Mustafar Ali bahawa panel itu membincang dakwaan Raja Petra kerana menurutnya jiwa benar siasatan itu akan dilakukan. Alasannya siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu berlalu? Cara SPRM menguar-uarkan apa yang masih kabur kepada umum seakan satu permainan politik untuk menimbulkan keraguan umum kepada orang ramai.

Kenyatan Mustafar itu sekana siasatan berkaitan apa didedahkan oleh Raja Petra itu bukan lagi menjurus kepada Azmin tetapi kepada Anwar Ibrahim. Apakah SPRM akan menyiasat Anwar atas salah guna kuasa serperti mana pernah didakwa semasa Anwar jadi TPM itu yang meminta pegawai polis supaya melakukan gertakan ke atas seorang betina yang telah cuba mengaibkan dan memfinah Anwar?

Tidak mustahil itu akan diberlaku. Mungkin sudah ada pakatan di dalam hal ini dengan Raja Petra dijadikan alat atau pun sumber untuk membolehkan SPRM menyiasat Anwar. Dan sekiranya dakwaan Raja Petra itu benar pihak yang seharusnya perlu disiasat ialah Raja Petra sendiri dan orang yang memberi fail itu kepadanya. Tanpa menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas kedua mereka adalah tidak adil dan wajar untuk SPRM menyiasat Anwar dan Azmin.

Nampaknya usaha untuk mengena dan memenjarakan Anwar tidak pernah berhenti dan akan dilakukan sehinggalah Ubn dan Najib Razak merasakan parti itu akan menang dalam pilihan raya. Di sini saya ulangi sekali lagi apa yang pernah saya ramalkan; pilihan raya tidak akan diadakan selagi Anwar Ibrahim tidak ditolak masuk ke dalam penjara? Ramalan ini nampak makin menjadi realiti.  [wm.kl. 6:23 pm 30/05/12] - MSO

Scorpene: Sekutu Daim disebut dalam kertas pendakwaan


Badan hak asasi manusia, Suaram, mendedahkan bahawa nama seorang individu yang didakwa rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disebut dalam kertas pendakwaan Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian Malaysia dua kapal selam kelas Scorpene berharga RM7.3 bilion pada tahun 2002.NONEDalam satu sidang akhbar di Bangkok hari ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota untuk menteri pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai 1999.

Ini berkaitan kepada satu temubual dengan menteri pertahanan Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diplomasi Perancis-Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan pertahanan.

"Nota tersebut menyebut nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik," katanya.

"Ia seterusnya menyatakan bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan politik yang kuat kerana Mohd Ibrahim rapat dengan Daim, dan Abdul Razak rapat dengan Najib."

Menurut Cynthia, satu lagi nota menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim telah mula menurun sejajar dengan kuasa Daim yang semakin susut.

Nama Mohd Ibrahim kemudian 'hilang' dari syarikat Perimekar Sdn Bhd - yang dikatakan menjadi perantara dalam pembelian Scorpene - sebagai pemegang saham dan pengarah. Beliau digantikan kemudiannya oleh mereka dalam rangkaian Abdul Razak.

Buat Apa Azmin Buang Masa Layan Raja Putar Alam Ni?

Published: Rabu Mei 30, 2012 MYT 11:10:00 AM
Updated: Rabu Mei 30, 2012 MYT 11:12:21 AM
Azmin Nafi Dakwaan Raja Petra
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau terlibat dalam siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit.
Selain itu Mohamed Azmin turut menyifatkan pendedahan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah membabitkannya dihentikan pada 1995 adalah tidak berasas.
"Tidak berasas, 17 tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya bekas Ketua Pengarah BPR (Badan Pencegah Rasuah)," katanya menerusi akaun twitternya pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap teman twitternya mengenai kes rasuah yang didedahkan Raja Petra Kamaruddin yang berlaku 17 tahun lalu sewaktu beliau menjadi Setiausaha Sulit Anwar.
Media pada Rabu melaporkan Pengarang portal Malaysia Today itu mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengarahkan BPR tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya.
Raja Petra berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu.
Sementara itu dalam reaksi lain terhadap seorang lagi pengguna twitter, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menggambarkan bahawa dakwaan yang turut mengaitkan beliau dan isterinya, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek adalah fitnah.
"Persetankan mereka. Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah. Saya manusia kerdil. Pohon kekuatan dari Allah SWT," katanya.
"Saya hanya insan kerdil. Dosa saya ialah saya lawan Umno," kata Mohamed Azmin dalam tweet balas kepada seorang lagi teman twitternya.

MP Yang Dekat Tarikh Luput Ni Cuba Naikkan Saham...

Azalina cabar Nizar
Azalina cabar Nizar
AZALINA
SENAI – Mesej Twitter bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar disifatkan tindakan terdesak dan menghina institusi diraja.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan Mohamad Nizar itu adalah satu niat mengaibkan dan mewujudkan kebencian terhadap keluarga diraja Johor.

“Mana ada undang-undang yang menghalang Raja (Sultan) untuk memiliki harta, kerana ia hak peribadi.

Bagi saya Nizar ini terdesak dan mengambil kesempatan untuk mewujudkan kebencian terhadap golongan ini.

“Bagi saya, jika Nizar tidak puas hati, mengadaplah Sultan Johor dan mohon maaf. Saya yakin beliau tidak berani.

“Oleh itu, nasihat saya, Nizar jangan cuba nak mempolitikkan isu institusi diraja dan istana,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah, bahawa pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar ataupun mana-mana pegawai Kerajaan Negeri.

Laporan media sebelum itu menyebut, nombor plat kenderaan WWW 1 berjaya dibida Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memenangi nombor plat WWW 15 (RM24,200).

Sultan Ibrahim memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah dan baginda tuanku juga memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Hahaa.... Kononya Akulah Pembela Raja!

Butuh hang!. Cuba tanya Mahathir saya yang bela Raja dan sape yang hina Raja?
Pemuda Umno, NGO buat laporan polis terhadap Nizar
12:31PM Mei 30 2012
Pergerakan Pemuda Umno Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim.
    
Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno Pulai Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi.
    
"Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1," katanya pada sidang media malam tadi.
    
Turut hadir pada sidang media itu ialah wakil dari Perkasa Parlimen Pulai, Pekida Zon Kempas, KRT Skudai Kiri dan Persatuan Dewan Belia Jaya serta lebih 50 anggota mereka.
    
Menurut Asyik, mereka menyokong kenyataan yang dibuat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris di dalam Twitternya bahawa pembelian nombor plat itu menggunakan duit peribadi Sultan Johor dan bukan wang rakyat.

"Sehubungan dengan itu, kami meminta Mohamad Nizar meminta maaf secara terbuka terhadap Sultan Johor," katanya sambil menambah, Sultan Johor amat pemurah terhadap rakyat menerusi pelbagai sumbangan sebagaimana yang dibuktikan menerusi program Jelajah Kembara Mahkota.
    
Polis, kata beliau, perlu membuat siasatan terperinci dan mendalam terhadap kenyataan yang dianggap menghasut, Mohamad Nizar itu.
    
Sementara itu Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata pergerakan itu amat kesal dengan kenyataan bekas menteri besar Perak itu.
    
"Kenyataan Mohamad Nizar itu telah mendedahkan lagi perangai buruknya terhadap khalayak ramai," katanya dalam satu kenyataan.
    
Menurut beliau, adalah lebih baik bagi Mohamad Nizar tidak membuka mulutnya dan memfitnah Sultan Johor memandangkan beliau tidak berasal dari negeri ini dan tidak mengetahui latar belakang Kesultanan Johor. 
    

- Bernama

Salahkah Nizar Menegur Dan Berkata Yang Benar?

Pada saya Nizar menegur secara umum. Bukan direct ditujukan kepada Baginda Sultan Johor. 
Beliau kenen kepada yang berduit supaya menggunakan sumber kewangan kepada jalan yang lebih bermanafaat.
Salahkah?
Mesej Twitter: Nizar mohon maaf
NORMAWATI ADNAN
30 Mei 2012
Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
IPOH –  “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.


Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.


Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.


“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.


“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.


Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.


“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.


Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.


Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Haa... Katak Puru Mulut Busuk Pulaak Komen!

Ibrahim Ali: 'Lebuh raya rakyat sandiwara politik terhebat Pas'
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
SHAH ALAM - Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat Kelantan bagi menampung kos pembinaan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) atau dikenali sebagai "lebuh raya rakyat" disifatkan sebagai sandiwara politik terhebat abad ke-21.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .

Menurutnya lagi, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan derma untuk membina lebuh raya itu, maka ia akan mengambil tempoh yang lama kerana menelan kos sebanyak RM1.8 bilion.

“Sungguh kelakar. Dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, projek pelabuhan dan Bandar Pantai 7, Tumpat dan Pelabuhan Darat, Kuala Krai, mana projek tersebut? Sebatang besi pun tak ada.

“Nik Abdul Aziz dan Pas ingat mereka boleh perbodohkan rakyat Kelantan sepanjang masa. Kalau harap derma, mahu siap lebuh raya yang dicadangkan mungkin tunggu 50 ke 100 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Ibrahim menyeru supaya Nik Abdul Aziz menghentikan temberangnya dan berpijak di bumi yang nyata demi kepentingan rakyat Kelantan.

“Kasihan rakyat Kelantan kerja pun tidak ada, ekonomi tidak meningkat dan air bersih pun tak ada, tanah rizab melayu digadai, inikan nak minta derma pula. Tak cukup lagi derma jihad masa ceramah, ini sesuatu yang dahsyat,” katanya.

Semalam, Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan lebuh raya ini bukan berniat mahu mencabar mana-mana pihak.

Sumber Kerajaan Negeri mengesahkan setakat semalam hampir RM1.4 juta derma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 diberi secara tunai.

3 Keadaan Yang berbeza - Santai

Sanggupkah berkhemah di sini?
 Bagaimana kalau berlaku di sini?
 Situasi sama kuat. Yang lalai menjadi mangsa. Jerung baham Jerung

Tuesday, May 29, 2012

Jenis Kafir Harbi: Memang Kerjanya Begitu!

Kelantan minta Soi Lek jangan prejudis
Salmah Mat Husain,29 Mei 2012
KOTA BHARU: Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek diminta tidak bersikap prejudis terhadap kerajaan Kelantan kerana kesannya amat tidak baik baginya sebagai seorang pemimpin besar bangsa Cina di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata Soi Lek seharusnya tidak begitu emosional dalam membuat kenyataannya yang berkaitan kerajaan Kelantan kerana ideologi politik yang berbeza.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya semalam ketika menjawab kenyataan bekas menteri itu dua hari lalu yang mendakwa kerajaan Kelantan telah menolak permohonan Persatuan Buddhist Kelantan yang ingin membuat rumah ibadat di bandar Kota Bharu.

Soi Lek dalam kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris itu juga mendakwa persatuan berkenaan kini sedang membuat rayuan pada kerajaan negeri agar permohonan mereka dipertimbangkan.

Jelas Takiyuddin lagi,  tidak timbul kerajaan negeri menolak dan tidak timbul persatuan terbabit membuat rayuan pada kerajaan negeri memandangkan persatuan itu tidak pernah membuat permohonan dari kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya semalam bagi mengulas kenyataan Chua Soi Lek dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

“Andainya pihak persatuan tidak pernah membuat sebarang permohonan pada kerajaan negeri, bagaimana ianya boleh timbul penolakan.

“Kerajaan negeri boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan itu, kerana ianya berbaur fitnah, tetapi rasanya cukup dengan pejelasan itu dan biarlah rakyat yang menentukannya,” ujarnya.

Sambungnya lagi, beliau baru selesai mengadakan pertemuan dengan beberapa orang anggota jawatankuasa persatuan itu untuk mendapatkan penjelasan.

Tambahnya, pihak mereka mengakui tidak pernah membuat sebarang permohonan sebagaimana yang berkaitan, bagaimanapun hanya berhasrat untuk membina sebuah dewan komuniti sahaja.

Kerajaan Kelantan, katanya sentiasa bersikap toleransi dengan pelbagai anutan agama walaupun kerajaan negeri dipimpin oleh bukan Islam.

“Kerajaan negeri sejak awal lagi telah menetapkan bangunan sebegini tidak akan disyaratkan mengikut cirri-ciri Islam, kerana ianya rumah ibadat atau komuniti masyarakat bukan Islam,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan  pihak lawan tidak mengambil kesempatan terhadap kenyataannya sebelum ini yang mengingatkan pihak PBT atau individu yang ingin membena bangunan baru diminta menerapkan seni bina Islam.

Katanya, di bawah penyeragaman pembenaan bangunan perniagaan hanya gedung perniagaan sahaja yang terlibat dengan seni bina Islam, bagaimanapun bagi pembinaan rumah ibdat, ianya langsung tidak ada kaitan ciri-ciri itu.

Musa Buka Mulut

Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat

WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."
ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka. 

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.


Maklum kepada Pak Lah

Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.ex-igp musa hassan on a motorbike 2Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.

"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.

"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.