Kenapa Ganas Akan Berterusan?
Saya petik keratan dari ulasan blog Hishamuddin Rais (Tukar Tiub)
Bukti akhir tentang rancangan jahat memang diatur ialah kenyatan Mahathir Muhamad sehari sesudah peristiwa berdarah di Pantai Dalam. Dengan licik lagi terancang Mahathir telah membuat kenyataan bukan mengutuk keganasan si penyerang tetapi menuduh Pakatan Rakyat sedang merancang demonstrasi ganas jika Pakatan kalah dalam pilihan raya yang akan datang.
Kenyataan Mahathir ini adalah kata laluan untuk ahli gerombolan United Malays National Organsiation bertindak ganas dan terus menyerang.
Melakukan keganasan yang terancang bertujuan untuk mengancam. Keganasan ini dilakukan terhadap penyokong Pakatan. Mereka yang luka berdarah atau yang dimasukan ke hospital bukan sasaran utama.
Yang menjadi sasaran utama ialah orang ramai yang sedang memerhatikan keadaan tegang yang terus berlaku. Dimana-mana pun dalam dunia ini semua warga tidak suka kepada kacau bilau. Mereka mahukan kestabilan. Kestabilan ini adalah mantra dari United Malays National Organisation. Cara kerjanya cukup senang: gerombolan membuat huru hara kemudian mereka tampil menuduh huru hara dicetus oleh penyokong atau pemimpin Pakatan Rakyat. Pihak yang menuduh akan dilihat baik dan bertanggung jawab untuk membawa kembali kestabilan.
Huru hara ini juga akan menakutkan orang ramai. Pakatan Rakyat melalui media tradisional akan dituduh sebagai punca keganasan dan kekacauan. Yang buat lain – yang dituduh lain. Saperti kenyataan Mahathir dan tiga orang bekas Ketua Polis Negara terhadap Bersih 3.0. Keganasan polis terhadap para demonstran telah dialihkan kepada keganasan penyokong Bersih.
Pucuk pimpinan United Malays National Organsiation amat sedar bahawa sokongan terhadap parti ini semakin merosot. Mustahil para Menteri tidak sedar bahawa parti politik mereka dilihat haprak. Orang Melayu semakin menolak parti ini. Masyarakat China telah hampir 90% tidak akan lagi menyokong mereka. Masyarakat India sekali lagi mula menjauhkan diri menyokong mereka.
United Malays National Organisation akan hilang kuasa bukan lagi satu yang mustahil. Semua jalur pemerhati politik dalam dan luar negara melihat pengaruh dan kuasa politik United Malays National Organisation akan berakhir.
Justeru, satelah memahami semua ini maka kita wajib kembali kepada realpolitik. Hilang pengaruh bermakna hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna hilang punca-punca ekonomi. Berbilion-bilon ringgit harta kerajaan akan bertukar tangan. Mengikut kata Najib - duit berbilion ringgit dan harta kekayan negara inilah yang wajib dipertahan sampai ke titisan darah terakhir.
Baca`ulasan penuh di sini
Pemimpin yang hari-hari bergelumang dengan DUIT mana mahu kalah dalam pilihan raya.Bagi mereka ...kalah bererti hilang KEKAYAAN, HILANG KUASA,HILANG GAH,HILANG SEGALA-GALANYA.Cukuplah wahai pemimpin UMNO.Dah lebih 50 tahun ko orang perintah Malaysia.Nak perintah lame-lame macam FIRAUN ke?????? INGAT.......kaum Tsamut lenyap, Firaun lenyap, Namrut lenyap, Kharun lenyap.Jadi sudah sampai masanya UMNO pula lenyap...macam pemompin yang terdahulu.
ReplyDelete