Sunday, May 13, 2012

Berkenan Sangat Dengan N3 Ni..

Menipu Nombor
 Aku bukanlah penyokong Barisan Nasional mahupun UMNO. Tidak juga aku menyokong Pakatan Rakyat. Walaupun aku ini seorang yang apolitikal, nonpartisan, tidak berpendirian, lalang dan tak berguna seperti yang dianggap oleh golongan-golongan pucuk pimpinan parti tertentu, sudah pastinya aku tahu beza dan aku tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar.
Aku jarang beli suratkhabar – aku suka baca curi sebab aku rasa bila aku beli suratkhabar tak relevan pada djaman pasca moden ni. Bila aku beli pun esok dah tak bernilai, membazir. Aku hanya beli surat khabar kalau ada artikel penting dan sejak aku tahu negara ni tidak ada surat khabar yang bagus kecuali surat khabar yang percuma yang boleh didapati di 7 Eleven, aku rasa tak berbaloi nak beli suratkhabar.
Tiba-tiba aku terbaca tentang perhimpunan UMNO sempena tahun ke-66 semalam (bukan 24 ke? UMNO lama dah diharamkan), aku terbaca Utusan Malaysia yang mengatakan lebih 120,000 orang datang dalam majlis tersebut.
120,000? Serious shit? Kau tahu ke 120,000 tu ramai macam mana?
Setahu aku all-seater stadium Bukit Jalil boleh memuatkan 87,411 kalau semua duduk, 100,000 kalau semua berdiri. I mean, kalau semua seat dipenuhkan. Jika benar angka 120,000 tu, dan termasuk yang di padang, kenapa atas tu masih ada ruang kosong yang gila babi berlambak? In fact 2nd layer pun tak penuh?
Kalau kau tanya aku estimated 70,000 is a logical figure. Which is kira okaylah tu. Dan kalau kau cakap 120,000 – it’s not logical to me. Gua tahu Stadium Wembley yang lama tu jenis standing pun, jenis himpit-himpit berdiri pun hanya 90,000 max. 120,000 is a bullshit number – kecuali stadium ini ialah stadium Korea Utara (Rungnado May day stadium).
Dalam masa sama Utusan juga mengatakan hanya 3,000 orang sahaja menyertai Bersih 3.0. Peh, tak agak-agak menipu. Satu penuh train komuter penuh aku percaya 3,000 orang, tapi gambar-gambar Bersih 3.0 tak menunjukkan angka yang sebegitu.
Kawan aku kata keadaan sesak ni dari Pudu Raya sehingga ke Sogo. Woi, kalau Pudu Raya naik teksi ke Sogo cecah jugalah RM6 aku ingat. Kalau dah cakap sesak macam ni 3,000 mendanya?
Menipu nombor bukanlah sesuatu yang asing untuk memutarbelit fakta. Masa Heysel 1985 juga media juga memutarbelit mengatakan semua 20,000 fan Liverpool yang mencetuskan provokasi, bila siasat balik cuma 27 orang je yang terlibat dalam kekecohan itu, itu pun menurut cerita sahih – fan Juventus baling botol bir dan batu dulu. Menipu nombor ini bukanlah benda yang asing, macam menipu result pilihanraya, menipu ahli parti – sampai sekarang aku tertanya-tanya, betul ke ahli UMNO ada 3 juta orang?
Ada benda aku tak setuju dengan Anwar Ibrahim, contohnya nak gunakan dana Petronas untuk pendidikan percuma, tol percuma dan gaji minima yang aku fikir tak masuk akal misalnya, tapi BN pun suka menipu nombor juga.
Akhirnya aku fikir, bagus juga jadi apolitikal, nonpartisan, lalang, tak berpendirian dan tak berguna untuk negara macam aku ni – sebab aku rasa golongan macam aku ni je yang waras dan berfikiran munasabah. Politisyen dan para ampu-ampunya semua dan gila dan mereng merebut kuasa. Nombor pun nak menipu.
Kecuali sesiapa yang bangunkan roh arwah George Carlin ni dan seru dia untuk menjadi pemimpin Dear Leader Die Fuhrer Pemimpin Ayatollah Teragung, aku malas nak percaya mana-mana politisyen.
Sementara tu layanlah video ni dulu

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa