Sunday, May 27, 2012

Inilah Kepala Hantu Dan Penghulu Jin Yang Akan Pastikan BN Menang Di PRU13 Nanti

Cuba perhatikan kata-katanya dengan teliti dan perhatikan apa yang tersirat.


SPR: Keputusan kajian Merdeka Center tidak mencerminkan semua rakyat Malaysia
May 27, 2012

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak hasil sebuah kajian bahawa hampir separuh pengundi tidak percaya pada pemilihan proses di negara ini, dengan alasan saiz sampel yang digunakan “terlalu kecil dan rawak” untuk mewakili semua rakyat Malaysia.
 
SPR Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata beliau yakin bahawa pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang akan datang atau marah jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.

Kajian yang diumumkan pada hari Jumaat oleh Merdeka Center mendapati bahawa 92 peratus pengundi mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya diadakan, manakala 48 peratus bersetuju bahawa daftar pemilih sekarang tidak tepat.

Tetapi Wan Ahmad menegaskan bahawa 1019 pengundi berdaftar yang ditemuduga tidak mewakili semua rakyat Malaysia dan oleh itu tidak mempunyai kaitan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Mereka hanya menyoal 1000 orang; 48 peratus adalah hanya sekitar 480 orang. Ia tidak menggambarkan majoriti rakyat Malaysia,” Wan Ahmad memberitahu The Malaysian Insider. “Dalam mana-mana proses pilihan raya, pasti ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Sebagai contoh, calon yang kalah dalam pilihan raya sudah tentu tidak akan puas hati dengan sistem pilihan raya,” ujar beliau.

Beliau berkata bagi sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum akan datang, mereka boleh memfailkan petisyen secara rasmi di mahkamah.

“Untuk maklumat anda, 99 peratus daripada kes tersebut telah kalah,” tambah beliau.
Beliau juga berkata bahawa kajian yang “rawak” itu menyebabkan penyelidik mendapat responden yang tidak boleh dipercayai serta dari pelbagai latar belakang.

“Bagi kajian yang benar-benar mencerminkan semua rakyat Malaysia, kita perlu tahu latar belakang orang yang menjawab kaji selidik.

“Entahlah siapa 1,000 responden itu. Penyelidik mungkin hanya menghubungi responden melalui telefon. Ada responden yang memahami soalan, ada yang tidak. Mereka yang tak faham, akan jawab apa-apa sahaja.

“Lebih baik jika Merdeka Center menyoal pengundi yang baru sahaja membuang undi mereka, bukannya menemuduga rempit dari tepi jalan,” katanya.

Tetapi Wan Ahmad berkata SPR mengalu-alukan hasil penyelidikan itu kerana ia mengesahkan rakyat Malaysia benar-benar mahu pilihan raya yang bersih dan adil.


Sejak kebelakangan ini, SPR menerima kritikan daripada pembangkang dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang menyatakan ia gagal menunjukkan komitmen dalam melaksanakan pembaharuan untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini benar-benar bebas dan adil.

SPR terus menjadi sasaran kritikan walaupun Parlimen telah luluskan 22 cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya.

Menurut kumpulan pemerhati pilihan raya, Bersih 2.0, SPR tidak komited dalam melaksanakan 22 cadangan sebelum pilihan raya umum ke-13 dipanggil.

Tetapi Wan Ahmad berkata kritikan NGO serta kegagalan mereka untuk bekerjasama dengan SPR tidak membawa sebarang faedah.

“NGO ini lebih suka memanggil sidang akhbar dan menghina SPR. Ini tidak membantu. Mereka harus berjumpa dengan SPR, membentangkan penyelidikan mereka dan bekerjasama dengan SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

“SPR dan NGO tidak harus menjadi musuh yang hanya mengkritik antara satu sama lain. Jika mereka temui sebarang penyelewengan, mereka perlu berjumpa dengan SPR dan menerangkannya, bukan menggunakan data untuk mengkritik kami,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa SPR sedang berusaha dengan sedaya upayanya utuk memperbaiki daftar pemilih dan melaksanakan cadangan PSC.

“Orang ramai tidak memahami kekangan SPR — kekangan undang-undang, rakyat Malaysia yang tidak mengemaskini alamat mereka, serta rakyat Malaysia yang mendaftar di kawasan-kawasan lain.

“Namun, kami lakukan kerja kami dengan jujur. SPR mempunyai maruah, dan kami akan terus komited ke arah membersihkan daftar pemilih,” katanya.

Pada 28 April, Bersih 2.0 menganjurkan satu perhimpunan raksasa untuk menuntut pilihan raya yang adil serta peletakan jawatan SPR. Kumpulan itu berjaya menarik puluhan ribu peserta ke jalan-jalan di ibu kota untuk menyokong tuntutannya.

Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan pertamanya pada tahun 2007 dan pemerhati kemudiannya berkata ia adalah punca BN mengalami kekalahan teruk semasa pilihan raya 2008.

Perhimpunan Bersih pada 9 Julai tahun lepas juga telah menarik beribu-ribu orang, tetapi seperti acara 28 April baru-baru ini, polis rusuhan telah campur tangan dan menghalau perusuh dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

2 comments:

  1. Salam, Ikut suka kita nak ngundi kat mana. Kot alamat kat bulan lepas tu balik mengundi kat ayor kunin, Perak, tak boleh ke?

    ReplyDelete
  2. masa UMNO buat project IC palsu disabah mamat ini lah yang sering mempertahankan bahawa rakyaat sabah hanya buat andaian bahawa ada IC palsu,nanti cucu mamat ini akan menerima balanya,sebab masa itu yang dapat IC palsu yang sedang dibuat di malaya akan dinikmati oleh cucu atau cicit mamat ini...wallawualam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa