Friday, June 22, 2012

Tuan Ibrahim Membazirkan Liur Mencabar Mereka

Tuan Ibrahim buang masa mencabar mereka
Apa maknanya 'Haji' pada mereka yang mulut-mulutnya dipenuhi fitnah
Hati-hatinya dipenuhi kesumat
Perut-perutnya dipenuhi bahan yang meragukan


PAS cabar pemimpin Umno tunai haji tahun ini

Basiron Wahab,22 Jun 2012
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar pimpinan Umno pergi menunaikan haji pada tahun ini jika mereka yakin pilihan raya tidak diberlaku dalam tempoh itu.

Katanya, ekoran kenyataanya meminta calon PAS serta jentera menangguhkan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini, beliau telah diserang oleh pemimpin Umno serta kuncu-kuncunya.

“Saya cabar semua pemimpin Umno yang terlibat dengan pilihan raya supaya menunaikan  haji kesemuanya jika Perdana Menteri tiada berhasrat untuk mengadakan pilihan raya pada musim haji,” tegasnya ketika berucap di Dataran Kerdau malam tadi.

Jelas beliau, ibadah haji ini boleh ditangguhkan atas sebab tertentu malah Rasulullah sendiri menunaikan haji pada tahun ke 10 hijrah sedangkan perintah haji turun pada tahun ke-6 hijrah.

Menurutnya, ada diantara kenyataan pemimpin Umno itu tersasar dan  ada yang menyatakan dosa mereka yang menangguhkan haji akan ditanggong oleh Tuan Ibrahim.

Mengimbau sejarah  tahun 1985, apabila Tun Mahthir mengadakan pilihan raya pada musim haji, ada seorang pemimpin Umno yang terpaksa pulang ketanah air walaupun dia sudah berada di Mekah.

“Kenapa pemimpin Umno tidak mempersoalkanya berbanding kenyataanya baru-baru ini,”soal beliau.

Menurut beliau, pemimpin tidak sepatutnya meletakkan rakyat dalam keadaan serba salah dan ini berpunca daripada kegagalan perdana menteri memuktamadkan tarikh pilihan raya lebih awal bagi memudahkan rakyat membuat perancangan untuk menunaikan ibadah haji.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa