Wednesday, July 25, 2012

Kata-Kata Pengubat Luka.....

Kesian Nazri, Hishamuddin Buat Taik Nazri Yang Cuci 
Bersih 2.0 sah tapi tak bermakna kebal dari undang-undang , kata Nazri
TERKINI @ 01:27:22 PM 25-07-2012
July 25, 2012

 KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak seharusnya merasa mereka kebal di sisi undang-undang berikutan dengan keputusan mahkamah memberi status sah kepada kumpulan tersebut, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, sambil menyatakan mereka masih lagi melanggar undang-undang ketika berhimpun.

Nazri (gambar, bawah) juga berkata, sementara keputusan Mahkamah Tinggi harus dihormati, pemimpin Bersih 2.0 harus diingatkan tentang kesalahan mereka yang lepas.
“Mereka mesti tahu perbezaan ini.
“Mahkamah hanya memutuskan yang mereka adalah pertubuhan yang sah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider semalam.
“Tapi tak bermakna mereka tidak melanggar undang-undang pada masa mereka berhimpun,” kata beliau lagi.

Pemimpin Umno itu berkata Bersih 2.0 telah melanggar undang-undang yang baru digubal, seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram 9 Julai tahun lalu, dan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011 dengan perhimpunan pada 28 April yang lalu.

Pemimpin Bersih 2.0 semalam gembira dengan keputusan semalam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tindakan Putrajaya dengan mengisytiharkan kumpulan tersebut sebagai haram, mendakwa mereka kini sah dari segi undang-undang untuk menuntut perubahan sistem pilihan raya di Malaysia.

Peguam dan aktivis, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mengetuai NGO dengan 82 tersebut, memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia sangat berpuas hati dengan keputusan itu, menambah bahawa dia sememangnya memahami undang-undang negara.

Bersih telah menganjurkan tiga perhimpunan umum setakat ini sejak tahun 2007 untuk proses pilihan raya yang lebih adil, dengan menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang menerima kritikan kerana berat sebelah dengan parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada tahun lalu mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai haram dan telah menahan ramai anggota dan penyokongnya, menyebabkan hampir 1,600 orang telah ditahan menjelang dan selepas 9 Julai.

Penggunaan kekerasan ini bagaimanapun menyebabkan pentadbiran Najib menerima kritikan antarabangsa serta video yang didakwa sebagai keganasan polis yang tersebar di Internet menyebabkan kerajaan terpaksa menutup laman web tersebut.

Selain menubuhkan Jawatankuasa Parlimen untuk melihat tuntutan Bersih 2.0, Kabinet Datuk Seri Najib Razak juga memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman yang membenarkan perhimpunan awam, yang menjadi perkara penting sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Akta baru ini melarang “perhimpunan berarak”, di mana ia berlaku pada 28 April atau “Bersih 3.0” telah berlaku, selain di tempat yang tidak diwartakan sebagai tempat untuk “perhimpunan aman”.

Polis telah menerima arahan mahkamah sebelum 28 April untuk menghalang penunjuk perasaan dari memasuki Dataran Merdeka, tempat yang dipilih untuk bantahan tersebut.

Semasa perhimpunan itu, beberapa penyokongnya telah menceroboh penghadang walaupun Ambiga dan penganjur perhimpunan mengarahkan agar akur dengan undang-undang dan berada di luar kawasan larangan.

Ini menyebabkan huru-hara selama empat jam dan polis anti-rusuhan telah melempar gas pemedih mata dan air kimia untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sementara beberapa pegawai mengejar mereka di sekitar bandar raya.

Akibatnya ramai yang tercedera sementara banyak perniagaan telah rugi, kerosakan harta awam serta jalan-jalan di Kuala Lumpur seperti di tempat pelupusan sampah, penuh dengan botol, baju, kasut dan batu-bata.

“Jadi, ini tidak bermakna Bersih 2.0 tidak salah. Ada bezanya di sini.
“Mereka melanggar undang-undang, Akta Polis, Akta Perhimpunan Aman. Mereka tak boleh mengatakan mereka benar,” kata Nazri.

Beliau mengingatkan pemantau pilihan raya yang walaupun dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, kerajaan masih lagi mempunyai kuasa untuk merayu untuk mengubah keputusan.

“Terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kedua pihak, ada hak untuk merayu,” kata beliau lagi.

Bersih 2.0 telah memberitahu Putrajaya agar tidak merayu keputusan tersebut, sebaliknya memulangkan segala barang yang dirampas tahun lalu ketika kumpulan itu diisytihar haram.
Mereka juga mahu kerajaan untuk tidak menggunakan anggota awam untuk menentang mereka di mahkamah, kerana membazirkan wang rakyat.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa