Saturday, August 18, 2012

Dr. Mahathir Nyanyuk Dan Gelabah Bewak!

Aksi nyanyuk Dr. Mahathir bila dah gelabah bewak?

Petikan dari Ceningau

Nampak sangat semenjak dua menjak ni Dr. Mahathir sangat-sangat gelabah macam orang yang lemas. Orang yang lemas ni bukan kira, apa saja yang lintas depan dia dia akan capai dan cuba paut  Kalau ketul taik hanyut pun akan dicapai.

Mungkin agak keterlaluan tapi tak mustahil mungkin itu pandangan Dr. Mahathir mengenai hudud satu masa dulu, cukup sinis kalau pun mungkin tak menjijikkan.

Bawah ni antara yang pernah Dr. Mahathir ucapkan satu ketika dulu:
  1. (Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.
  2. Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
  3. Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.
  4. (Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.
  5. (Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
  6. Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
  7. (Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.
  8. (Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
  9. (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
  10. (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan
  11. (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
  12. (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
  13. (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masakini.”
  14. (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
Ataupun mungkin jugak Dr. Mahathir dah nyanyuk, Cuma orang yang dah nyanyuk ja kut yang boleh lupa sampai macam tu. Kalau dulu mungkin la kut relevan frasa 'melayu mudah lupa' tapi semenjak ada lebai google, semua maklumat tu ada dihujung jari.

Di pihak PAS pulak TG Nik Aziz dah kata lama dulu,  kalau Umno laksanakan Islam dia akan bubarkan PAS dan masuk Umno. Syaratnya kena laksanakan Islam yang sebenar-benarnya la, bukan macam yang Dr. Mahathir pernah buat dulu, istihar Malaysia sebagai Negara Islam depan pemimpin dan ahli MCA tapi negara macam tu jugak.

Dalam bab bukan hudud PAS tapi hudud Islam tu, PAS memang takdak masalah malah dari dulu lagi Allahyarham Ust Fashil mintak Dr. Mahathir bentangkan hudud lain. Dan bila Adun Kemelah cadang supaya Johor laksanakan hukum TG Nik Aziz kata dia sokong penuh dan siap ucap tahniah lagi.

Lagi satu yang mungkin boleh jadi bukti kata Dr. Mahathir tu dah nyanyuk, cara dia keluarkan kenyataan tu macam dia masih jadi Presiden Umno dan masih jadi Perdana Menteri, sapa pun tak berani lawan keputusan dia.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com

N3 saya sebelum ini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa