Friday, August 17, 2012

Mahathir: Pemimpin Buat Salah, Kita Jangan ikut

Saya cukup setuju dengan nasihat Mahathir nih.....
Barulah tidak buta hati namanya!
Persoalannya Mahathir faham tak Alqur'an?
Kalau memang dia faham takkan banyak sangat dia ni menyanggah Alqur'an
Menghina hukum dan menghina Rasulallah

Fahami Al-Quran Supaya Tidak Mudah Dimanipulasi Golongan Peralat Islam - Dr Mahathir

ALOR SETAR, 16 Ogos (Bernama) -- Bangsa Melayu beragama Islam di negara ini boleh disatukan dan tidak akan berpecah sekiranya pemimpin politik dan agama berpegang kepada ajaran sebenar Islam, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya golongan yang berkepentingan politik akan sentiasa memperalatkan Islam untuk mencapai hasrat walaupun bangsa mereka berpecah belah dan menjadi lemah.

"Politik pemimpin tertentu di negara ini telah menjadi halangan bagi umat Islam Malaysia untuk bersatu. Politik merekalah punca utama kita pecah. Tambahan ada orang hendak jadi Perdana Menteri, mereka sanggup lakukan apa saja.

"Untuk kuat, kita (Melayu) perlu mendapat sokongan bangsa lain. Kalau kita faham al-Quran dan tahu dia (pemimpin) buat salah, kita tidak akan ikut," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 900 orang miskin, anak yatim dan warga emas dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Air Hitam sempena Hari Raya Aidilfitri di Masjid Al-Taqwa, Kampung Jerlun, dekat sini hari Khamis.

-- BERNAMA  

1 comment:

  1. Pak Pandir ni ingat dia je yang layak jadi PM....orang lain seramai 27juta orang rakyat Malaysia ni cam tak sesuaije ikut selera dia....selagi Allah SWT bagi dia nyawa dia akan tetap merapu meraban setiap hari ......ya ALLAH JANGANLAH KAU NYANYUKKAN KAMI SAPERTIMANA KAU NYANYUKKAN ORANG TUA NI...AMINNNN

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa