Wednesday, August 15, 2012

PAS Pun Serupa UMNO Juga - Suka Simpan Buah Busuk!

Nasharudin digesa jumpa pimpinan parti

Harakahdaily,15 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa datang bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.

Menurutnya, tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikai parti di media pihak lawan tidak menguntungkan parti malah hanya akan memberi peluang kepada musuh politik melemahkan PAS.

"Saya menggesa supaya Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. 

"Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Hassan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas timbalan presiden PAS itu yang disiar di Buletin Utama TV3 malam tadi yang mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Kenyataannya malam tadi itu menghangatkan semula perbahasan berhubung kedudukan Nasharudin dalam parti ekoran beliau dilihat secara terbuka menolak keputusan parti.

"Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. 

"Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS," kata ketua pemuda PAS itu lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa Nasharudin segara bertemu pemimpin tertinggi parti begi menyelesaikan segala masalah yang timbul secara dalaman.

"Saya tidak nampak Ust Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah. Ust Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.

"Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa