Thursday, August 23, 2012

Patutkah PAS Biarkan 'Duri Dalam Daging' Ini Mengangkut Nanah?

Sebenarnya saya pun setuju dengan gesaan ni. Patutkah disebabkan satu individu dan menjaga hati seorang harbi PAS rela kehilangan undi Melayu?

Panas: Blogger Cucumatkilau Gesa PAS Desak DAP Pecat Karpal Singh Kerana Jelas Semakin Biadap !


Semakin hari semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang mula sangsi dengan keikhlasan Pengerusi DAP dalam meneruskan perjuangannya bersama Pakatan Rakyat

Ini berikutan tindakan dan beberapa kenyataan biadap dan menghina agama Islam terus dilemparkan oleh pemimpin terbabit, walau pun pucuk pimpinan parti itu sendiri sebenarnya menyokong pendirian PAS mengenai Islam. 

Tindakan Karpal itu, bukan sahaja mencemarkan imej dan maruah Islam malah juga telah menyebabkan ramai orang Melayu yang beragama Islam kini ragu-ragu dengan keutuhan dan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat itu sendiri. 

Terbaru, Blogger Cucumatkilau yang telah lebih setahun bergerak sebagai aktivis bebas selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengulas tentang isu ini. 

Sebelum ini beliau telah dihentam hebat oleh penyokong pembangkang gara-gara menyelar tindakan PAS yang mahu mengambil tindakan tegas terhadap bekas Timbalan Presiden parti itu,Ustaz Nasharuddin Mat Isa gara-gara kenyataannya yang menyuruh PAS keluar dari gagasan Pakatan Rakyat dan kelibatnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Mekah baru-baru ini. 

Berbagai kutukan dan cacian dilontarkan sendiri oleh penyokong Pakatan Rakyat gara-gara kenyataan panas di laman sembang sosial difacebooknya itu. 

Terbaru, dalam posting diblognya beliau mengeluarkan kenyataan panas jika Parti Islam SeMalaysia (PAS) boleh mengambil tindakan tegas sehingga terpaksa memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali kerana persoalkan tindakan Karpal menghuna Hudud, maka mengapa mereka tidak berani mendesak tindakan yang sama tidak dilakukan oleh Parti Demokratik Rakyat (DAP) terhadap Pengerusinya ini. 

Kenyataan beliau ini pasti mengundang kemarahan penyokong pembangkang terhadap dirinya, namun bagi blogger terbabit beliau berhak menegur kerana dia tidak terikat dengan mana-mana politik kepartian sekarang ini. 

Malah, katanya terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS untuk mendengar atau pun tidak kerana Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS sendiri pun ada mengeluarkan kenyataan yang sama tentang isu Karpal Singh ini sebenarnya. 

Baca kenyataan beliau di sini Jika PAS Berani Pecat Dr.Hassan Ali Maka Mereka Juga Sepatutnya Berani Desak DAP Pecat Karpal Singh !!
- sumber

Nasi tambah: 

Teringatkan kata-kata YB Cikgu Rahim yang sanggup berputih tulang mempertahankan Karpal Singh

3 comments:

  1. salam sdr mountdweller,

    saya cadangkan sdr terlebih dahulu buat perkiraan (appreciation) dan tidak terus menyokong sesuatu andaian.

    tujuan melaksanakan perkiraan, adalah bagi memperolehi rumusan 'advantages' dan 'disadvantages' kepada opsyen yang patut diambil. namun begitu bukan semua opsyen yang banyak 'advantages' itu adalah yang terbaik.

    dalam hubungan ini kenyataan 'akan kehilangan sokongan melayu' menggambarkan ketidakyakinan yang berkata akan pejuangannya. apakah hudud ini masalah melayu atau islam? berapa ramai dari kalangan orang melayu sendiri yang menolak/memperkecilkan hudud? justeru apa perlu 'melayu' diketengahkan?

    ReplyDelete
  2. Cakap Karpal adalah cakap atas kapasiti peribadi.... rakyat bukan Islam di peringkat bawahan dah tak kisah jika hudud dilaksanakan kerana mereka tahu hudud adalah hukuman untuk orang Islam. Karpal tidak boleh buat apa-apa jika rakyat mahukan hudud.

    Yang lebih penat adalah nak menjelaskan tentang hudud kepada Melayu UMNO, bukan mereka tak faham tapi sengaja memperolok-olokkan hukum ini. Ini lebih bahaya dari Karpal, kerana Melayu UMNO dikategori beragama Islam, bila memperolokkan hukum Allah hukumnya murtad, bila murtad samalah macam kafir, bila kita kata boleh jadi kafir, mulalah UMNO spin kata PAS kata UMNO Kafir.... sedangkan yang kata tu adalah para ulama-ulama. Jadi ini yang lebih berbisa dari Karpal, penat-penat.... sememang sepenat Nabi-nabi terdahulu yang menasihatkan umat mereka jangan menyekutukan Allah.

    ReplyDelete
  3. Mountdweller,

    Kata-kata Karpal itu boleh dimanipulasikan dari pelbagai sudut oleh orang yang mempunyai kepentingan. Persoalannya benarkah Karpal semakin biadap atau dia memang tidak pernah menyanggah agama islam ?

    Karpal pakar undang-undang. Sebelum ini beliau pernah menyebut bahawa Malaysia tidak boleh melaksanakan hukum hudud kerana negara ini adalah sekular. Negara sekular tidak ada agama rasmi dan tidak menggunakan undang-undang yang berpandukan agama.

    Negara sekular memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama.

    Jika penyokong Pakatan Rakyat merasa sangsi dengan keikhlasan Pengerusi DAP ini adalah berpunca dari kelemahan pemimpin PAS yang tidak memberi penerangan yang jelas berkaitan negara sekular, negara islam dan hukum hudud dalam Malaysia.

    Sehingga kini dilihat ramai ahli PAS keliru dengan isu hukum hudud yang dipermainkan oleh pemimpin UMNO Baru sehingga sangup membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa seperti orang bodoh.

    Kalau ada sesiapa yang masih tidak faham apa yang dicakapkan oleh Karpal sila rujuk perlembagaan negara.


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa