Wednesday, August 29, 2012

Agak-Agak Sape Nih? Mencemar Duli Betul!

Sumbang Mahram Babit Pemimpin Politik: Polis Tunggu Keputusan DNA

KUANTAN: Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.
"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.
Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.
Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas namun dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor.
Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.
Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang untuk kerusi dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.
Lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31'tahun, katanya. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa