Sunday, September 23, 2012

Bila Dah Kecut 'Telur', Macam-Macam Rapunya!

Dialah manusia yang paling takut BN kalah
Yang paling dia takut ialah kalau-kalau Anwar jadi PM
Dulu semasa dia berkuasa sedap sangat siasat orang, tibai orang
Sekarang tahu pun takut dan kecut perut!
Mulalah meraban, merapu tak tentu hala...

Kadang-kadang ada juga kesihannya
Hidupnya bukan semakin tua, hati semakin senang
Tetapi mungkin kadha Tuhan
Semakin tua, semakin meroyan
Semakin gundah gulana, semakin merana
Tunggulah harinya.....
Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.


Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.


"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu. - mk

6 comments:

  1. Kalau benarlah apa yang Tun Mahathir kata ini maka rakyat negara ini wajib berterima kasih kepada George Soros kerana telah menjatuhkan kerajaan korupsi Hosni Mubarak yang menzalimi rakyat selama 30 tahun dan menaikkan seorang patriot beriman bernama Morssi (seorang tahfiz Al-Furqan) untuk menjadi pemimpin yang baik dan berhati mulia, begitu juga dengan DSAI. Terima kasih George Soros......

    ReplyDelete
  2. Bhai MountDweller...

    Bukan kecut lar .. tapi telah diasinkan... dibuat jeruk... hahahaha....

    ReplyDelete
  3. banyak sangat kerenah dia ni
    tengok lepas ni apa lagi yang terkeluar dari mulutnya

    ReplyDelete
  4. C++

    Ha..haa..agak-agak sape yang tergamak nak buat lauk?

    He..heee...

    ReplyDelete
  5. Anon

    Kekadang malas nak layan. Memang dah nyanyuk. Tapi ramai pula yang ambil pakai...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa