Friday, September 21, 2012

Bila Tersepit, Mulalah Berikan Jawapan Bodoh!

Bukankah Bernama ada jurukamera sendiri? 
Kenapa bila timbul kes ini beralasan punca tempat dihantar?
Bermakna Bernama bergantung pada sumber/pembekal lain. 
Kalau ya pun bergantung kepada sumber lain, takkanlah tak ada siapa pun yang meneliti gambar-gambar itu sebelum diterbitkan?

'Kecacatan gambar berpunca dari tempat dihantar'

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk
Yong Soo Heong.

NONE"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernamayang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Yong.

"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - mk

2 comments:

  1. Amuraria

    Kerja bodoh yang memang nampak benar bodohnya sesuai dengan alasannya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa