Monday, September 3, 2012

Cina Kangkong Ni Tahu Tak Siapa Yang Bertanggungjawab Sebelum Tuduh?

Khoo juga menyifatkan tindakan mengibarkan bendera alternatif oleh pihak tertentu sebagai tindakan ahli politik yang tidak ada kerja lain.

‘Kenapa baru sekarang nak timbulkan bendera merah putih?’ Khoo Kay Kim 

Oleh Amin Iskandar 
Penolong Pengarang Berita 
September 03, 2012

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Cancelor Universiti Kolej Damansara Utama (KDU), Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu yang mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.

Menurut pakar sejarah itu, bendera “Jalur Gemilang” telah diterima oleh majoriti rakyat negara ini semenjak tahun 1957.

“Kenapa baru sekarang nak timbulkan soal bendera merah putih?
“Bendera yang ada kaitan dengan satu negara, diputuskan oleh majoriti rakyat.
“Bendera yang digunakan sekarang sudah diterima oleh rakyat semenjak tahun 1957,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Khoo (gambar) juga menyifatkan tindakan mengibarkan bendera alternatif oleh pihak tertentu sebagai tindakan ahli politik yang tidak ada kerja lain.
“Kalau majoriti rakyat nak tukar bendera, bolehlah tukar.
“Kalau tidak kita guna sahaja yang sedia ada,” katanya lagi.
Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.

Melalui blog singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.

Bendera alternatif, “Sang Saka Malaya” dikibarkan ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.

Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyelar Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh gabungan tersebut mahu menukar bendera Malaysia selepas mengambil alih Putrajaya.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang, semalam menafikan mereka berniat mahu menukar bendera nasional dengan bendera alternatif dan menyelar Barisan Nasional (BN) kerana memutar belit fakta dan “menipu” untuk menghentam pembangkang memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

“Menukar bendera bukan agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut menyelar Najib dan Kabinetnya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang mana menurutnya “sangat tidak berasas” dan “isu palsu”.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, turut menyuarakan sentimen sama, berkata “segala tuduhan itu adalah palsu dan telah diberikan jawapan rasmi oleh pemimpin PR”.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menggesa Najib agar berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian, dan berkata “kedudukannya sebagai perdana menteri bukanlah lesen untuknya menuduh tanpa bukti”.

Malah, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali turut menafikan perkara itu.
“Itu bukan polisi kami, bukan polisi PR.”

Beliau turut melihat tindakan mengibarkan bendera alternatif tersebut sebagai “tidak boleh diterima” dan menegaskan “pihak berkuasa perlu menyiasat pihak yang bertanggungjawab ... dan mengambil tindakan sewajarnya”.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa