Monday, September 24, 2012

Ingatkan Dah Tamat Riwayat Mamat Nih....

Ingatkan dah tamat kisah mamat ni
Rupanya nak ikut jejak Hasan Jati
Bergurukan Brehem Raja Katak!

Pakatan label Tunku Aziz sebagai agen BN

September 24, 2012


Pada Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar dari DAP ekoran perbezaan pendirian dengan pemimpin-pemimpin kanan parti tersebut. — Gambar file

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) melabel bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz sebagai agen kepada Barisan Nasional (BN) dan sudah tidak lagi mempunyai krebiliti ekoran kelantangannya dalam media utama mengkritik bekas partinya dan pemimpin PR lain.

Tunku Abdul Aziz, pada Jumaat lalu, menyatakan rancangannya untuk menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.


Ahli parlimen Cheras dan juga pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai menyifatkan tindakan Tunku Abdul Aziz seolah-olah dia kini mewakili BN tidak ubah seperti agen kepada kerajaan untuk menyerang pemimpin DAP dan PR.


“Dia (Tunku Abdul Aziz) kini seperti agen BN, hari-hari menyerang PR dan DAP.

“Saya sangat simpati dengan dia. Kerana pengkhianatan dia itu, ramai orang sudah meninggalkan dan menjauhkan diri daripadanya,” kata Kok Wai.

Kok Wai juga mengganggap Tunku Abdul Aziz sebagai seorang yang lemah dan gagal dalam perjuangannya kerana sudah tidak lagi mempunyai kredibiliti dan integriti.


Malahan, Kok Wai mendakwa beberapa kenyataan Tunku Abdul Aziz berniat jahat dan tidak mempunyai sebarang asas dan bukti kepada tuduhan yang dibuat terhadap DAP.


Manakala pemimpin PAS Dr Dzulkefly Ahmad terkejut dengan kenyataan Tunku Abdul Aziz tersebut dan mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengganggap ia sebagai sia-sia.


Dr Dzulkefly juga membidas sikap Tunku Abdul Aziz kerana bertindak seolah-olah seperti agen kepada BN kerana sering mendapat liputan dalam akhbar dan kaca televisyen yang menjadi dikuasai Umno dan BN.


“Ini satu tindakan yang sia-sia dan sikap mengkhianati merupakan satu usaha sia-sia. Sepatutnya segala perbezaan pendapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik.


“Sikap ini seolah-olah dia (Tunku Abdul Aziz) kini menjadi agen kepada BN. Kalau kita lihat dengan liputan media kawalan Umno dan BN yang diberikan kepada dia, ia jelas membuktikan dia kini seperti ajen BN seperti yang berlaku dengan Hasan Ali dan lain-lain,” kata ahli parlimen Kuala Selangor itu.


Ahli parlimen DAP Anthony Loke juga sependapat dengan mengganggap Tunku Abdul Aziz sudah tidak lagi mempunyai kredibiliti dan sikapnya itu hanya menyebabkan orang ramai hilang hormat kepadanya.


“Dia (Tunku Abdul Aziz) sudah lagi tiada kredibiliti dan kata-katanya akan menyebabkan orang ramai hilang hormat kepada dia,” kata kata ahli parlimen Rasah itu mengulas rancangan Tunku Abdul Aziz.


Anthony juga berkata segala dakwaan dan tuduhan yang dilontar tidak mempunyai bukti dan berasas dan yakin rakyat sudah dapat menilai sendiri bekas pemimpin DAP tersebut.


Bagi Gobind Singh Deo pula, dia berpendapat bahawa Tunku Abdul Aziz berhak dan bebas untuk melakukan apa sahaja dan tindakannya itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada DAP.


“Saya rasa lebih baik tumpukan kepada PRU dan biarkan rakyat yang menilai serta buat pilihan sendiri,” kata  ahli parlimen Puchong itu.


Pada Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar dari DAP ekoran perbezaan pendirian dengan pemimpin-pemimpin kanan parti tersebut.

Keputusan itu diumumkan ekoran pandangan beliau tentang Himpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Sejak daripada itu, Tunku Abdul Aziz semakin lantang membuat kritikan ke atas PR khususnya DAP dalam media yang dikawal oleh Umno dan BN sekaligus mengundang rasa kurang senang dikalangan pemimpin PR. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa