Friday, September 28, 2012

Jawapan Bodoh Lagi, Apo Nak Dikato!

"Kita hanya menekankan nilai-nilai murni, tentang kerosakan yang berlaku (semasa perhimpunan),"

Apakah pada pandangan dangkalnya, setiap perhimpun akan berlakulah huru hara dan kerusakan!
Bagaimana dengan perhimpunan aman dan tidak dikacau dan diprovok oleh mana-mana pihak yang iri hati atau merasakan kepentingannya terguggat?

Adakah demonstrator-demonstrator ini semuanya kesiumannya akan hilang bila berhimpun dan memang berniat untuk buat kacau dan merusakkan harta benda orang lain atau awam?

'Sekolah tak berniat politikkan isu BERSIH 3.0'

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Baharu yang mengeluarkan soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0 menjelaskan pihaknya tidak berniat untuk mempolitikkan isu itu.

"Kita tidak berniat untuk mempolitikkan (perkara ini). Kita tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Kita hanya menekankan nilai-nilai murni, tentang kerosakan yang berlaku (semasa perhimpunan)," kata Wan Hajasham Harun kepadaMalaysiakini ketika diminta menjelaskan kontroversi sekitar soalan untuk kertas Pendidikan Moral tahun ini.
NONEKertas soalan yang bersebar di laman sosial Facebook itu memuatkan dua gambar semasa berlakunya perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ''Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?''.

Sementara itu, ditanya sama ada pihaknya akan memohon maaf berhubung kejadian itu, Wan Hajasham berkata:

"Saya akan respons kepada pejabat pelajaran daerah dan kementerian sekiranya perkara itu dibangkitkan," katanya sambil menambah perkara itu tidak berbangkit setakat ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi semalam menjelaskan, kementeriannya tidak mendapat sebarang aduan mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada pihak sekolah untuk bertanggungjawab.

Beliau bagaimanapun berpendapat, jika perkara itu berlaku, soalan itu tiada masalah selagi tidak melibatkan sensitiviti kaum, agama atau menghina mana-mana individu.

SMK Jementah: Kami akan semak

Sementara itu, sebuah lagi sekolah yang menghadapi tuduhan sama Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah di Segamat pula menjelaskan sedang menyemak dakwaan itu dengan guru terlibat.

"Saya tak sangka... betulkah sekolah ini? Nanti saya akan periksa dengan cikgu (pendidikan) moral," katanya.

"Tapi memang tidak ada bawa politik atau perkauman dalam sekolah. Kita untuk moral, pelajar-pelajar belajar nilai moral, tak sentuh parti mana-mana," kata pengetuanya Janisah Haron. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa