Thursday, September 20, 2012

Minta Maaf Setelah Memperbodohkan Diri Sendiri Adalah Tindakan Yang Baik

Lain kali fikir dulu buruk dan baik akibatnya sebelum tulis! Aku pun hairan juga pemimpin PR Perak ni selalu buat hal dengan keceluparan! 

Ngeh minta maaf isu twit tentang filem anti-Islam

Ketua DAP Perak Ngeh Khoo Ham hari ini memohon maaf dan menarik balik tulisannya di Twitter yang didakwa mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims.NONE"Saya tarik balik dan meminta maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan twit saya, saya tidak pernah maksudkannya begitu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tulisan Ngeh (atas) yang dipertikaikan itu menyebut: "Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya.

"Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini," tulisan anggota parlimen Beruas di Twitter itu dipetik.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang dilaporkan menyuarakan perasaan tidak senang mereka terhadap kenyataannya itu. - mk

4 comments:

  1. Sebagai penganut agama islam seperti saya dan anda pasti akan merasa tersinggong jika ada sesiapa yang cuba memburuk-burukan agama kepercayaan kita. Itu adalah lumrah kehidupan yang mana kita akan mempertahankan apa yang kita percaya.

    Tapi penghinaan yang dibuat dalam filem Innocence of Muslims itu sebenarnya ramai yang tidak faham. Diantara mereka hanyalah kumpulan anggok-anggok, geleng-geleng,yeah-yeah... sokong-sokong tapi terkeliru maksud yang dikatakan penghinaan terhadap Nabi Muhamad.

    Dan dalam isu Innocence of Muslims ini dilihat ramai yang bangkit mengeluarkan kenyataan dan bersedia untuk turun berdemo seolah-olah mereka adalah pejuang agama yang tulen. Malangnya dalam masa yang sama krisis penghinaan agama dari kalangan pemimpin yang beragama islam dalam negara sendiri dibiarkan sepi.... tidak terkesan langsung penghinaan tersebut.

    Pandangan Ketua DAP Perak Ngeh Khoo Ham adalah pandangan orang bukan islam. Orang ini boleh saja mengeluarkan kata-kata mengikut fahaman nya terhadap islam. Kenapa orang yang mengaku islam begitu terburu-buru mengambil tindakan seperti mahu merejam dengan batu sampai mati tanpa ada tolenransi ?

    Tapi bagaimana dengan penghinaan Tun Mahathir, Mohd. Najib, mufti perak, tentang islam ? tidakah mereka ini juga patut kita dilakukan sebagaimana Ngeh Khoo Ham terima atau orang ini dibolehkan menghina agama islam kerana dia dari parti UMNO Baru ? Haktuiiii.... !

    ReplyDelete
  2. Anon

    Adat manusia yang buta hati dan pekak telinga, apa yang dilakukan oleh pihaknya atau ketuanya memang tidak akan nampak.

    Mungkin Allah telah butakan hati dan perasaanya mereka.

    ReplyDelete
  3. Sokong 100% anon 1....gajah dpn mata tak nampak, kuman yg kat seberang laut itulah yg diaorg nampak! Rasanya apa yg ngeh komen tu ada betulnya. Daripada terlalu byk buang masa utk melayan org tolol yg mmg tak faham ttg islam, baik buat demo besar2an menentang sebarang kenyataan dari melayu yg mengaku islam dgn bangganya secara terang2an menghina hukum Allah dan sunnah Rasullah!

    ReplyDelete
  4. Anon sept.22 - 1:03AM

    Betul tu. Rupanya mereka rabun dekat!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa