Tuesday, September 25, 2012

Siapa Yang Lebih Teruk?

Kafir dan Munafik: Siapa Lebih Teruk?

Mengenai pendirian bekas timbalan presiden Pas yang kini bermesra dengan Umno dan mungkin juga bakal menjadi winnable candidate BN untuk parlimen Putrajaya dalam pilihan raya akan datang, saya tidak mahu bercerita panjang.

Foto yang dirakam di Kuching, ada lagi yang lebih teruk...
Meruju kepada kenyataan atau bidasan Lim Guan Eng terhadap orang itu, cukup kalau saya menyiarkan sekeping gambar ini yang saya ambil sewaktu mereka bertemu di Kuching sewaktu mengadakan kenyataan bersama selepas selesai pilihan raya negeri Sarawak.

Kata orang gambar menceritakan segala-galanya. Ketika ini bekas presiden Pas itu masih mejawat jawatan berkenaan. Hubungan beliau dengan Lim Guang Eng juga baik, mereka bukan saja bersalaman tetapi duduk di satu meja. Dalam gambar ini pula nampak siapa yang berlebih-lebih sampai nak pegang bahu, bekas timbalan presiden itukah atau Ketua Menteri Pulau Pinang?

Tetapi selepas beliau tidak dipilih sebagai timbalan presiden Pas, kalah kepada Muhammad Sabu, kenyataan beliau sebelum ini mula menjadi "belek" lidah dan renyuk mulut ketika membuat apa-apa kenyataan politik membabitkan DAP.

Jadi kalau Lim Guan Eng mengatakan dia menjadi agen Umno ada benarnya. Apa tidaknya tindakan orang ini menghairakan dan boleh mengelirukan. Kononya dia seorang ulamak, mengaji tinggi sampai ke langit tetapi tidak konsisten dalam pegangan politik. Kelabu dan keliru. Sekejap menerima konsep Pakatan Rakyat sekejap menentangnya. Kalau dia menentang kita salute kepadanya kerana ada kewajarannya bagi seorang Islam tulen.

Semas berada dalam Pas memegang jawatan timbalan presiden, dia tidak menentang sebaliknya menyokong. Tetapi selepas kalah lain pula bunyi nada dan kerenahnya. Barang kali tidak salah kalau dikatakan inilah sikap munafik. Ada tiga tanda orang munafik; berjanji bohong, diberi amanah khianat dan bercakap berlebih-lebihan. Kalau ketiga sifat itu ada itulah sang munafik tulen.

Benarkah kata almaruhm seorang guru, Islam menjadi rosak disebabkan umat Islam sendiri yang menggunakan topeng untuk merosakkan agama. Dia bercakap atas nama Islam tetapi berbuat kerja Yahudi. Dia memakai kopiah tetapi berjudi dan minum di kedai ada arak. Dia menyimpan misai atau janggut tetapi misal macam jambul burung candik.

Renung dan fikirkan sekeping gambar yang saya pos ini. Tenguk dan tiliklah macam mana repat dan kejapnya genggaman mereka berdua. Seolah tidak ada kecurigaan langsung. Tetapi setelah kalah, tidak ada jawatan... lain pula bunyinya. Apa lagi hendak dinamakan atau dibrandkan kalau ia bukan munafik? Memang bukan munafik.  [wm.kl.7:40 pm 25/09/12]

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa