Tuesday, September 25, 2012

Tambahan Maklumat...

Anwar naik jet kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?

Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..

Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.

Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia "transparent".

Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari akan apa yang tersirat dari peristiwa ini..

Ini sebenarnya membuktikan kepada kita semua bahawa golongan usahawan sudah mula yakin bahawa UMNO/BN akan tumbang pada PRU kali ini oleh itu mereka berani menghulurkan bantuan.

Menariknya dalam hal ini berlumba-lumba blogger-blogger UMNO melakukan pendedahan dari harga jet hinga kepada kos bahanapi diselidik mereka..


Bersungguh-sungguh benar mereka.. tetapi mengapa Zahid Hamidi yang pernah melakukan perkara yang sama dengan Anwar lakukan iaitu terbang menggunakan jet peribadi milik kawannya tidak dipersoalkan.

Anwar cuma meminjam jet peribadi milik rakannya untuk terbang di dalam Malaysia.. tetapi Zahid Hamidi terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji..

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki pesawat tersebut.

Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah, mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan kerajaan.

Ahmad Zahid adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit Negara bulan lalu.

Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider , Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.

Anwar hanyalah seorang Ketua Pembangkang buat masa ini dan beliau sudah tentu tidak mampu memberikan sebarang imbuhan kepada rakan yang meminjamkan jet itu kepadanya.. tetapi Zahid Hamidi adalah seorang Menteri.

Anwar Ibrahim tidak merahsiakan penggunaan jet tersebut dengan membenarkan Tian Chua merakamkan gambarnya untuk disebar di dalam Tweeter..

Tetapi Zahid Hamidi merahsiakannya sehinggalah satu e-mail mendedahkan perkara itu.. sila baca e-mail tersebut di ( SINI )

Buat pencaca-pencacai UMNO tu.. dedahkanlah kalau berani berapa nilai jet yang Zahid Hamidi naik tu dan berapa pula kos bahanapi untuk jet itu..

Kalau tak silap aku.. amil Khir pun pernah terbang dengan jet peribadi untuk satu programnya di Kedah..

Kredit kpd. Anak Sungai Durhaka

4 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Itupon maklumat yang dirembat dari blog gua... diorang takkan cari sendiri fakta mender... sebab jenis penchachai nih maleh skit... tau nak senang jer... hahaha... tue la pasai....

    Aper pon gua masih lagi mencari maklumat jenis pesawat yang Zahid Hamidi naik tue... kalu tak silap dulu ader member bagitau Zahid Hamidi naik LearJet...

    huh... saper yang ader pakai Learjet kat Malaysia nih... model nih murah jer... tambah kalu model 45 ... dibuat tahun 1991...

    ReplyDelete
  2. C++

    Terima kasih banyak kerana info ini.

    Cerita Zahid dulu pun pada saya tak ada apa-apa kerana Jet tu orang punya tetapi ada sikit muskilnya ialah dia adalah seorang menteri. Ada kuasa dan boleh saja diambil kesempatan.

    ReplyDelete
  3. Bhai MountDweller..

    Kalu ikutkan .. tindakan Zahid boleh disiasat dibawah Akta Pencegahan Rasuah... sebab boleh menimbulkan syak wasangka... tapi yer la... SPRM kiter maner brani nak siasat benda camnie... hahaha

    ReplyDelete
  4. C++

    Nak harapkan SPR siasat? Tengoklah apa jadi dengan laporan terhadap Taib Mahmood.

    Siap Najib pertahankan dia lagi. SPR tak akan berani punya.

    Satu masa saya ada hadir taklimat SPR. Mereka tidak akan siasat dan dakwa jerung-jerung ni sekiranya tidak mendapat lampu hijau dari PM

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa