Tuesday, October 23, 2012

Alahaai... ABIM

Nak tunjuk jantan, tapi jantan 'sotong'
Kalau nak bantah dan komen pun, komen secara jantan, bantahlah secara jantan

Soi Lek sorang sahajakah yang haram diundi?
Bagaimana dengan MCA keseluruhannya terutama Calon-Calon dari MCA yang tidak bersuara pun membantah?

Bagaimana pula dengan UMNO yang diam membisu di atas keceluparan dan hinaan MCA rakan kunsinya itu? 
Bukankah itu rakan subahah namanya?
Bagaimana pula dengan  parti-parti lain yang juga diam?

DAP, walau pun dihina sebagai anti Islam dan Melayu pun bangun membantah dan marah.
Pada aku tak kiralah DAP marah dan bantah kerana politik atau ada benda lain bukan penting untuk dipersoalkan. 
Pokoknya DAP bangun membantah bahkan membentak!

Jangan Bagi Undi Kepada Chua Soi Lek : ABIM


SHAH ALAM, 23 OKT : Umat Islam digesa tidak mengundi dan menolak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan datang walau di mana bertanding.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan berkata, kenyataan yang dikeluarkan Soi Lek berhubung pelaksanaan hukum hudud itu suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.

Amidi berkata, Soi Lek tidak layak untuk menjadi wakil rakyat yang tidak menghormati ajaran agama lain dan tidak memerlukan pemimpin seperti beliau yang gagal menyatuni pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat.

“Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud.

“Walhal, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam,” kata Amidi dalam kenyataan media.

Katanya, beliau amat memandang berat sikap pemimpin negara yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.

“Jangan beralasan dengan ‘maqasid syariah’ sedangkan suara ini semakin biadab.

“Sudah sampai masanya rakan sekutu pemimpin ini menyatakan sikap yang jelas kepada beliau kerana kedegilan dan kebiadabannya sudah melampaui batas,” katanya. - sumber

2 comments:

  1. Jangan tidak tahu pulak..... Najib dan UMNO sebenarnya dalang dalam semua perkara yang berkaitan menghina Hukum Hudud Allah ini...... bukannya Cina tu berani kalau tidak mendapat "green light" atau "move orders" dari Najib dan UMNO. Tetapi kalau melawan takdir dan menghina hukum tuhan, setinggi manapun muslihat tidak menjadi, kerana manusia merancang dan Allah juga merancang, maka mana boleh manusia mahu melawan kehendak kuasa yang menjadikan mereka bernyawa dan menumpang di bumi milik-Nya.

    ReplyDelete
  2. Monkey Shooter

    Saya pun beranggapan begitu. Kalau tidak mustahil siHarbi ni begitu berani mencaci dan mencela!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa