Monday, October 22, 2012

Berbelit-Belit Pula Jadinya...

Tak apalah
Apa-apa saja yang terjadi, apa sebab dan musababnya Rakyat Malaysia dah sedia maklum! 

FCCT umum batal sidang media Musa Hassan

Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) mengeluarkan notis membatalkan sidang media yang dikatakan akan diadakan di Bangkok hari ini oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Musa sepatutnya mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut pengumuman yang dimuatkan di laman tersebut pada Sabtu lalu.

Musa berkata beliau tidak tahu apa-apa mengenai acara tersebut, ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Laman FCCT pagi ini mengeluarkan notis ringkas bagi menyatakan bahawa acara itu dibatalkan, dengan peringatan bahawa program tersebut "bukan anjuran FCCT".

Notis itu juga menyebut, hanya penganjur terbabit bertanggungjawab ke atas kandungan program tersebut. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa