Thursday, October 18, 2012

Di Sabah Rupanya, Ingatkan Di Afrika!

Berteman nyamuk di rumah orang tua Sabah

Penghuni di rumah jagaan warga tua di Sabah terpaksa tidur bertemankan nyamuk, mandi dengan air sejuk, tidak diberi makan selepas jam 5 petang, dan diberi makan bahan yang tidak sesuai atau tidak dapat dikunyah.
Malah, tiada rekod bahawa ubat-ubatan diberikan kepada penghuni di salah satu rumah jagaan yang diaudit, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Pemeriksaan audit mendapati seramai 81 daripada 150 penghuni menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi, kenicng manis, hiperkolesterolemia, gout dan lain-lain.

"Pemberian ubat di RWT (Rumah Warga Tua) Air Panas kepada penghuni yang menghidap penyakit tidak dapat disahkan kerana tiada rekod disediakan," laporan itu dipetik.

Laporan itu juga menyebut, pegawai rumah jagaan yang ditemubual memberitahu pegawai audit bahawa beliau tidak menyedari keperluan untuk merekodkan pemberian ubat.
NONEPenghuni di RWT Sri Harapan di Sandakan dan RWT Sri Pritchard di Papar pula tidak diberi makan selepas jam 5 petang, walaupun garis panduan jabatan kebajikan menetapkan makan disajikan antara jam 9 hingga 9.30 malam.

Panduan jabatan tersebut menetapkan supaya sajian disajikan mengikut waktu – sarapan (7 pagi), minum pagi (10 pagi), makan tengahari (12.30 petang), minum petang (3.30 petang), makan malam (6.30 petang) dan minum malam (9 malam).
NONEMinum pagi tidak disediakan di RWT Air Panas dan RWT Sri Harapan, manakala makan malam dan makan lewat malam hanya disediakan dalam perbezaan masa satu jam di Sri Harapan.

Pegawai dietetik dari Hospital Queen Elizabeth yang diminta pandangan dalam audit tersebut juga mendapati makan yang diberikan kepada penghunti tidak sesuai bagi orang tua dan orang sakit.

Ia mendapati, makanan yang diberikan sama ada terlalu keras atau terlalu besar, yang memberi masalah kepada penghuni yang tak bergigi, memakai gigi palsu atau yang menghadapi masalah pernafasan.

Makanan yang berkalori tinggi dan berlemak turut disajikan kepada individu yang mengalami masalah jantung dan obesiti.

Rel pemegang, kelambu dan pemanas air tidak disediakan.

Malah, tingkap di sesetengah ruang tidur di Sri Harapan tidak boleh ditutup. Kelambu pula tidak disediakan di RWT tersebut dan juga di Sri Pritchard. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa