Thursday, October 25, 2012

Ini Melayu Atau Mamak Atau Islam?

Kalau Islam sah takkan buat kerja ni 
Kalau Melayu atau Mamak mungkinlah

Nama Islam juga yang mendapat malu!

Published: Khamis Oktober 25, 2012 MYT 12:57:00 PM
Jab Agama P.Pinang Tahan 12 Lelaki Islam Beli Nombor Ekor
BUTTERWORTH: Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang (JHEANPP) menahan 12 lelaki Islam sedang membeli nombor ekor di tiga premis sekitar negeri ini, dalam operasi petang Rabu.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEANPP Khairul Azman Azizan berkata mereka yang berusia antara 25 dan 40 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pukul 4.30 hingga 6.30 petang.
"Daripada 12 orang yang ditahan, lima adalah warga asing beragama Islam dari Indonesia dan Pakistan manakala selebihnya orang tempatan," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.
Beliau berkata JHEANPP kini mempergiatkan operasi sedemikian dan kali ini tertumpu di premis sepanjang Jalan Seri Bahari yang dikenal pasti menjadi lokasi popular kaki judi tegar segelintir masyarakat Islam di negeri ini.
"Ketika serbuan, mereka tidak sempat melarikan diri, malah ada yang tidaksedar ada operasi dijalankan kerana sibuk mengejar masa berikutan kedai sudahhendak tutup," katanya.
Khairul Azman berkata semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Agama Islam diButterworth untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat menurut Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana berjudi.
Katanya jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. - mstar

1 comment:

  1. kurangkan tempat maksiat kalau tak boleh hapus.jangan ditambah lagi.susahkan kerja maksiat jangan dipermudahkan lagi.kalau tidak ini jadinya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa