Saturday, October 20, 2012

Seorang Lagi Manusia Meracau Takutkan 'Hantu'

Sebelum ini UMNO kata PAS jadi kuda tunggangan DAP
Hari MCA kata 'Tuntutan PAS tidak mampu ditolak oleh parti komponen PR' 
Maka kedua-duanya cuba belit rakyat dengan UMNO mengugut Melayu Dan MCA mengugut bukan Melayu

Jadi sebenarnya kedua-duanya sedang bermain api dengan mengugut dan menggunakan isu yang sensitif 

Yang jelas kedua-duanya sedang dalam menggigil ketakutan kepada bayang-bayang kesilapan sendiri.....

Apa yang aku nampak UMNO seolah memberikan lampu hijau untuk MCA menghina Islam dan Orang Melayu serta mengugut rakyat bukan Islam dengan momokan agama

Kerelaan UMNO itu adalah semata-mata demi survival politik 
Jadi siapakah sebenarnya yang jual agama kerana politk?

Tolak pemerintahan teokratik pembangkang, 
kata Pemuda MCA
October 20, 2012

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Rakyat harus menolak pemerintahan teokratik dan budaya kurang sopan, kata Pemuda MCA.

Menurut Ketua Pemudanya, Datuk Wee Ka Siong (gambar) berkata, politik negara kini dalam keadaan yang membimbangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) bercita-cita mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

“Rakyat jelata tidak nampak perangkap yang tersembunyi yang akan mengubah sistem pemerintahan negara kita.

“Parti PAS tetap berazam dan berdegil untuk membina sebuah negara Islam teokratik dan tuntutan PAS tidak mampu ditolak oleh parti komponen PR,” kata Wee dalam ucapan pembukaan perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA pagi hari ini.

Begitu juga wanita MCA sudah menyuarakan kebimbangannya - di sini

Ketakutan yang amat sangat ini adalah sebab laporan diterima mereka,
yang mereka akan bungkus di PRU13 - lihat di bawah (klik imej untuk besarkan)


Sumber imej dari sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa