Tuesday, October 23, 2012

Suara Kaum Hawa Yang Lebih Lunak Tapi Tegas!

“Kekeliruan” Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN 
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT 
Berhubung “Kekeliruan” Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei


1. DMPP melihat kenyataan Heng Seai Kei ini daripada dua sudut :
Pertama : Kemungkinan Heng tersilap dan terkhilaf kerana tidak memahami mantik serta bombastiknya seni bahasa Melayu itu khususnya yang digunakan oleh Tuan Guru ketika mengulas soal aurat serta budaya mendedahkan aurat sehingga cenderung mengundang fitnah serta merangsang “manusia” yang melihatnya, berdasarkan kepada hukum fitrah manusia yang lemah dan mudah terangsang.

Kedua : Kemungkinan Heng yang sebenarnya faham maksud sebenar ceramah Tuan Guru, tetapi sengaja mengambil kesempatan itu bagi memesongkan fahaman masyarakat Cina yang masih “diperbodohkan” oleh MCA dan digunakan semahunya untuk menarik sokongan undi kaum Cina khususnya, seterusnya memastikan relevansi serta survival MCA yang umum tahu kini sangat tertekan dan terancam dengan kebijaksanaan hatta kematangan DAP.

2. Seandainya sebab Pertama tadi menjadi penyebab kepada “kekeliruan” Wanita MCA ini, maka Muslimat PAS bersedia dan menawarkan satu Sidang Meja Bulat Wanita khusus bagi membolehkan masalah ini ditangani dengan sebaiknya secara objektif dan rasional. Kita akan membantu mereka untuk faham dan menjernihkan kekeliruan ini. 


Islam itu agama Rahmat (kasih sayang). Rogol dan Zina jelas adalah dosa besar. Mana mungkin kita di dalam PAS mengatakan ianya boleh, apatah lagi menggalakkannya pula seperti mana tuduhan Heng yang juga disokong oleh Presidennya, Chua Soi Lek. Muslimat bersedia menanggung semua perbelanjaan mengadakan Sidang Meja Bulat ini dan kita jemput pimpinan dan penyokong kalangan Wanita MCA untuk hadir. 

Sidang ini inshaAllah akan dijalankan secara bertamaddun tanpa perlu laluan kepada mana-mana unsur provokasi terancang pihak-pihak yang berkepentingan. Objektif Sidang ini jelas iaitu tanggungjawab menerangkan kepada mereka yang barangkali tidak faham ataupun keliru. Justeru kerana kita tahu UMNO gagal menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan MCA faham dan hormat Islam walau telan sekian lama bersama dan bekerjasama.

3. Sebaliknya, jika sebab Kedua itu menjadi punca kepada tindakan Heng ini, maka Muslimat PAS mendesak Heng SEGERA meminta maaf atau kita akan mengambil beberapa tindakan susulan yang selari dengan undang-undang. Ini kerana tuduhan itu sangat biadap, liar dan merosakkan perpaduan kaum dan agama yang sekian lama kita usahakan, pertahankan dan saling hormati. 


Heng dan Wanita MCA mesti bertanggungjawab dan harus bersedia mengamalkan budaya politik yang lebih sihat untuk dicontohi oleh generasi akan datang.

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (Malaysia)
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa