Tuesday, October 30, 2012

Syabas! Telanjangkan Segalanya, Biar Rakyat Menilai

October 30, 2012

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Selangor telah memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, dengan melantik badan penyiasat bebas untuk ditubuhkan esok.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri memberi jaminan supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, mengakui bahawa arahan menghentikan projek ini menyebabkan pihak pemaju mengalami  kerugian.

“Kita mesti bertindak dengan cepat, sebab kita tidak mahu mengambil keputusan yang salah.

“Kelewatan akan mengakibatkan kerugian, tapi kita mesti mengikut syarat-syaratnya, itu yang kami sedang lakukan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Abdul Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata satu badan bebas akan dipilih oleh Exco Selangor dalam mesyuarat esok.

Beliau berkata, badan tersebut dipilih berdasarkan mereka yang pakar dalam industri tersebut seperti perancang bandar dan bekas hakim.

MIC dan Gerakan telah mengetuai protes menentang projek kondominium 29 tingkat yang didakwa diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR), yang berhampiran dengan gua batu kapur yang menjadi tapak Kuil Sri Subramaniar dan menjadi tempat orang beragama Hindu menyambut Thaipusam.

Exco Selangor, Ronnie Liu telah mendedahkan projek tersebut diluluskan pada tahun 2007 semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor.

“Penerangan dari Kohilan yang mengatakan “kelulusan perancangan” itu tidak diluluskan itu adalah tidak benar,” kata Liu.

Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat warga beragama Hindu yang kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa