Saturday, October 27, 2012

Tak Ada Salahnya Bagi Negara Demokrasi

Kita harus berani mencuba
Kita harus berani membuat perubahan 
Keputusan di tangan kita
Kemahuan di hati kita
Kuasa ditangan kita

Contohi rakyat Turki tukar kerajaan untuk selamatkan ekonomi
KUALA LUMPUR 27 Okt: Berdasarkan pengalaman kerajaan Turki, bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof yakin situasi genting ekonomi Malaysia boleh diselamatkan asalkan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah.

Sebelum Parti Keadilan & Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih kerajaan pada 2002, katanya, negara itu menanggung hutang hingga 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Ia menyebabkan Turki mengalami keruntuhan mata wang pada 2000-2001,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Selepas Parti ARK mengambil alih kerajaan pada 2002 dengan dipimpin Recep Tayyip Erdogan, beliau berkata, Turki mencatat pertumbuhan luar biasa pada kadar purata 6.8 peratus antara 2002–2008.
“Pada 2011, Turki mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia pada kadar 8.49 peratus daripada KDNK yang dianggap sebagai keajaiban.
Sedangkan, beliau berkata, negara sekelilingnya seperti Greece, Sepanyol dan Itali berdepan krisis kewangan dan ekonomi.
“Rakyat Malaysia perlu menukar kerajaan demi masa depan yang gemilang seperti yang rakyat Turki alami sekarang,” katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa