Sunday, November 25, 2012

Betul Tu Kak Mah, Betul. Setuju!

Masalahnya di kalangan Professor sendiri pun pandai tapi ada yang tak cerdik!

Belia Perlu Bijak Saring Maklumat, Tafsir Fakta - Rosmah
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata golongan belia perlu bijak menyaring maklumat dan menafsir fakta agar segala informasi yang diterima benar-benar sahih dan diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai.
"Jika tersalah maklumat, kita bukan hanya sekadar menyebarkan fitnah, malah dikhuatiri akan merosakkan cara pemikiran dan persepsi kita terhadap sesuatu perkara.
"Dari itu, gunakanlah segala ruang dan peluang yang tersedia untuk menjadi belia yang terbaik bagi melestarikan apa yang sudah dan bakal kita kecapi," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Transformasi Mahasiswa Memperkasakan Bangsa di sini Sabtu.
Majlis anjuran Biro Institut Pengajian Tinggi Umno dan Kelab Umno Luar Negara itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Rosmah juga menyeru golongan itu untuk terus dan sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu agar dapat melahirkan kelompok cerdik pandai yang akan mampu menongkah arus transformasi negara.
"Ini penting kerana cabaran yang bakal ditempuhi memerlukan anda mempunyai daya kecerdasan yang pelbagai, termasuklah keupayaan kemahiran insaniah bagi memastikan anda mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan di pentas yang lebih mencabar," katanya.
Lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara menghadiri majlis. -mStar

2 comments:

  1. tak payah cakap bijak saring maklumat dah ramai rakyat pun tahu sumber mana yang boleh dipakai maklumat mana yang tipu media jenis apa yang suka tipu.rakyat dah terjaga dari mimpi yang lalu

    ReplyDelete
  2. Buy a great pair of sound cancelling earbuds in order that when you have to research inside your loud dorm room, it will help to block many of the noises out while focusing in your function. Unnecessary noise simply cannot only distract you but could aggravate you thus making you incapable of emphasis. So keep the peace by purchasing some noise cancelling earphones. [url=http://www.ss12w12ws.info]Preludr44fr[/url]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa