Tuesday, November 20, 2012

Bila Ketua Ekspedisi Bertindak Bijak!

Syarat pertama pun dah langgar - Pendakian tidak lapor polis
Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan ketika dan sebelum mendaki - Ketua Ekspedisi kena belajar banyak lagi atau terlalu alpa...
Anggota Ekspedisi Gunung Benom Yang Hilang Ditemui Pagi Isnin
JERANTUT: Seorang anggota ekspedisi Jabatan Muzium Negara yang hilang ketika mendaki Gunung Benom dekat sini tiga hari lepas, ditemui dalam keadaan selamat pada Isnin.
Nur Liyana Mohd Tahir, 25, ditemui penduduk yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat berdekatan hutan di Kampung Perlok Ulu Cheka dekat Jerantut pukul 9.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mohd Azid Ismail berkata mangsa berada dalam keadaan keletihan dan telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk pemeriksaan lanjut.
"Nur Liyana adalah antara 13 anggota ekspedisi Jabatan Muzium Negara yang mendaki Gunung Benom pada 15 November lalu. Beliau hanya disedari hilang oleh anggota rombongan pada jam 10.30 pagi kelmarin ketika berhenti di hentian tiga di kawasan Permatang Angin, di puncak gunung tersebut," katanya kepada Bernama, di sini Isnin.
Sebaik menerima laporan kehilangan Nor Liyana, polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat bersama agensi lain dan penduduk kampung.
Mohd Azid turut menasihatkan orang awam yang hendak melakukan pendakian dan ekspedisi di kawasan hutan atau gunung di Jerantut agar melapor diri terlebih dahulu kepada polis bagi memudahakan pasukan itu bertindak jika berlaku kecemasan. -BERNAMA

2 comments:

  1. salam....ada kalanya kebijaksanaan dan perancangan awal diperlukan

    ReplyDelete
  2. Sistem buddy xde ker... sweeper watper... double check anything even a small things... alhamdulillah.. semua selamat...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa