Wednesday, November 28, 2012

Ha..Haa.... 'Potong Jari' Pun Tak Ada Sape Yang Berani?

Aku pasti tadak sape yang berani
Tadak sape pun yang peka
Sebab Itu kelambu sendiri! 

Harapkan Pekasam dan Jati?
Lagila tak boleh buat kira - tak cukup akal!
Buat gulai dan perabot bolehla.....

Desak Tangkap Hishamuddin Hussein

Pendedahan bekas IGP Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mencampuri urusan polis sesutau yang serius dan patut mendapat perhatian persidangan agung Umno yang bersidang waktu ini.

Terkejut dengan pendedahan Musa.
Pendedahan itu tidak boleh dianggap satu pengkhiantan tetapi maklumat yang wajar didedahkan kerana persidangan Umno yang dalam rangka memperkuatkan partinya untuk menang patut menanganinya bagi menjaga maruah dai air muka kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin kanan mereka.

Sekiranya dakwaan Musa itu benar, perbuatan Hihamuddin itu sesuatu yang mencemarkan integriti kerajaan UBN dan menjatuhkan maruah kerajaan itu dimuka dunia. Hishamuddin ialah salah seoran naib presidedn Umno dan sepupu kepada Najib Razak.

Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petalin Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Menurutnya campur tangan berberntuk arahan dibuat oleh Hihsmuddin kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Katanya dia sudah memberi tahu kesalahan dan percanggahan kepada Hishamuddin tetapi tidak dihirau dan kurang bersetuju dengannya. Menurut Musa salah satu sebab kenapa beliau tidak disambung kontreks sebagai Ketua Polis Negara untuk kali kedua adalah disebabkan keberaniannya menegur menteri dalam negeri itu.

Sangat elok kalau para perwakilan Umno membangkitkan soal tindakan Hishmuddin itu kerana ia jelas melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan Akta Polis. Sepatutnya Ngo seperti Perkasa(m), Jaringan Melayu dan sebagainya membuat laporan polis dan kepada SPRM apa yang berlaku itu.

Perwakilan Umno yang mengakui partinya sebagai sebuah parti yang telus, berjuang untuk bangsa dan negara tidak boleh mendiamkan perkara ini. Ahli Umno jangan berani dan tahu menunding jari kepada pihak lain saja tetapi hendaklah berani mengambil tindakan sama kepada pemimpin dan ahlinya sendiri.

Kalaupun tidak ada yang berani untuk mendesak Hishmuddin ditangkap tetapi kenalah ada seorang dua yang mendesak ditubuhkan jawatankuasa siasatan khas mengenai dakwaan Musa Hassan itu. Adalah malang lagi kalau campur tangan dimaksukan Musa itu melibatkan soal keselamatan negara misalnya seperti melindung penjenayah negara,

Dalam pada itu Musa Hassan hendaknya tidak setakat memberi maklumat itu, sebaliknya perlu mendedahkan seberapa banyak kesalahan, kes-kes kacau ganggu polis di raja semasa beliau menjadi ketuanya. Hanya mendedahkan itu untuk menjustifikasikan kenapa beliau tidak disambung kontres kurang menyengat.

Pendedahan Musa itu juga sesuatu yang mengejutkan dan membuka isu baru dalam pasukan polis di raja Malayisa yang sering dilemparkan sebagai komponen BN yang ke, 17 selepas SPR (15) dan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN 16).  [wm.kl.5:59 pm 28/11/12]

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa