Tuesday, November 13, 2012

Kecing Dale Purung Tilik Muka Sendirilah Dulu!

Kekurangan ajar Soi Lek terhadap Islam bagaimana?
Pendirian mu lagu mano?
Pendirian UMNO Lagu mano?

Tak payahlah minta pendirian orang 
Kalau kita sendiri tak 'berkote' 
Hak rakyat Kelantan pun mu gadai
Pahtu banyok kecek pulak!

Published: Selasa November 13, 2012 MYT 6:26:00 PM
PKR Perlu Nyatakan Pendirian Terhadap Kenyataan Nurul Izzah

KOTA BAHARU:Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Nurul Izzah juga perlu tampil menyelesaikan kontroversi itu.
"PKR perlu nyatakan pendirian mereka. Jangan lagi dolak-dalik dan jika benar ia berlaku, parti itu perlu memohon maaf.
"Isu kontroversi ini perlu ada penamatnya, Nurul Izzah juga perlu tampil ke hadapan untuk menyelesaikannya. Semuanya terletak pada bahu dia dan rakyat mahu tahu perkara sebenar," katanya selepas mengadakan kunjungan sempena sambutan Deepavali ke rumah keluarga Dhana Letchumy Arumugam, 56, di Kampung Sireh di sini Selasa.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua,kanan) beramah mesra dengan keluarga Dhana Letchumy Arumugam, 56, (dua,kiri) ketika hadir membuat lawatan sempena sambutan Deepavali di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. -fotoBERNAMA
Laporan portal berita propembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor pada 3 November.
Sementara itu, Mustapa berkata semua kaum minoriti di negara ini bertuah dapat hidup dalam suasana penuh harmoni yang kerajaan sama sekali tidak meminggirkan nasib mereka.
"Kita rasa bangga di Malaysia semua rakyat minoriti tetap diberi perhatian oleh kerajaan melalui kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk kaum India. Kita harus bersyukur tinggal di Malaysia," katanya. - mStar

2 comments:

  1. Salam Moundweller

    Menteri ni nak apa lagi? Bukankah Nurul dah beri penjelasan?

    Nak kata bangang, menteri. Nak kata cerodek, macam bangang.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Rakyat kel.cerdik dan faham apa yg diucapkan oleh nurul izah melainkan yg sekor ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa