Friday, November 23, 2012

Kerana Percayakan Lidah Syaitan, Tak Pasal-Pasal Mengaku Murtad!

Manusia-manusia 'antik' tidak akan lepas dari percayakan khurafat
Kata-kata syaitan pun dia percaya

Mengikut fahaman akulah, Nik Aziz kata jatuh murtad ni tak kira siapa, yang berjubah dan berjanggut pun akan murtad sekiranya perbuatannya, kata-katanya waima kata di dalam hati sekali pun yang menjatuhkan dia murtad

Maknanya murtad akan jatuh kepada sesiapa saja, tak kira dia tu Muftikah, orang PASkah atau pun orang-orang UMNOkah sekiranya dia melawan Allah, baik segi hukumnya atau menidakkan kuasanya - Zat dan Sifatnya! 

Satu lagi UMNO itu parti atau orang?
Murtad ni akan jatuh kepada orang bukannya benda!

Yang orang-orang UMNO dok sibuk dan merasakan dirinya murtad tu apakehalnya?
Tapi kalau sendiri mengaku, apa nak buat!

Veteran Umno mohon KDN pantau sifat ekstremis PAS
November 23, 2012

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Veteran Umno Malaysia hari ini memohon Kementerian Dalam Negeri memantau sifat ektremis anggota PAS terutamanya sepertimana ditunjukkan ketika Muktamar Tahunan Ke-58 parti itu Jumaat lepas.

Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub berkata pemantauan itu perlu dilakukan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku seterusnya menjamin keselamatan anggota Umno terutamanya menjelang Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini dan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

“Veteran bimbang apa berlaku sekarang dalam PAS yang mungkin dipengaruhi fahaman melampau,” katanya kepada Bernama.

Tidak cukup dengan mengadakan solat hajat untuk mendoakan Umno dan Barisan Nasional (BN) hancur Jumaat lepas, PAS membuktikan kebencian ekstremnya dengan kenyataan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Umno merupakan parti murtad.

Beliau berkata PAS sudah hilang keyakinan untuk berdepan dengan Umno dan BN secara ‘gentleman’ disebabkan sokongan terhadap parti tunjang orang Melayu itu semakin kuat daripada hari ke hari.  
“PAS tahu sokongan kepada parti itu semakin merosot kerana PAS telah tersasar jauh dari dasar perjuangan asal dan sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR.

“Sebab itu senjata yang ada hanya menggunakan doa dan doa ini bakal makan diri. Veteran (Umno) yakin Allah SWT tidak akan memperkenankan doa itu malah akan melaknati PAS,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa