Friday, November 23, 2012

Ooo.. I See.. Masih Hidup Rupanya!

Pertubuhan tadak telur ni masih hidup rupanya!
Ingatkan dah kojol
Saat negara dan rakyat Islam dalam susah dan ditimpa petaka apa usaha dia?
Inilah akibatnya bila dinaungi talibarut musuh Islam...
OIC Harap Gencatan Senjata Rintis Jalan Kepada Penarikan Balik Sekatan Terhadap Gaza
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ekmeleddin Ihsanglu menyambut baik perjanjian gencatan senjata yang menamatkan serangan Israel selama lapan hari terhadap Gaza.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Ekmeleddin berkata, beliau juga berharap perjanjianitu akan merintis jalan kepada penarikan balik sekatan yang dikenakan terhadap Gaza sejak sekian lama bagi membolehkan penduduk wilayah itu membina kembali kemusnahan yang berlaku akibat serangan Israel selama beberapa tahun lepas.
Beliau turut menyeru negara dan institusi penderma supaya menunaikan ikrar masing-masing yang dibuat pada persidangan Sharm El-Sheikh di Mesir dari 7 hingga 9 Mei dan melibatkan diri untuk membangunkan kembali Gaza dengan segera.
Ekmeleddin mengucapkan terima kasih kepada Mesir kerana menjadi pemudah cara dalam pelaksanaan gencatan senjata itu, yang mula berkuatkuasa pada Rabu malam.
Beberapa laporan menyebut bahawa 161 rakyat Palestin, termasuk orang awam dan kanak-kanak, serta empat orang awam Israel terbunuh akibat sengketa itu. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa