Tuesday, November 20, 2012

Reputasi ICAC: Akan Berjayakah Desakan Rafizi?

Adakah ICAC juga setaraf dengan SPRM dalam melaksanakan tugasnya?
Adakah mereka juga mengamalkan kensep dakwaan berpilih?

PKR akan melobi penggubal undang-undang HK untuk buka semula siasatan rasuah Musa

TERKINI @ 01:57:32 PM 20-11-2012
November 20, 2012

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Di halang daripada bercakap di Parlimen, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengetuai delegasi empat orang ke Hong Kong esok untuk mendesak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) untuk membuka semula siasatan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Rafizi (gambar) menjelaskan bahawa satu-satunya cara untuk membuka semula kes itu adalah oleh meyakinkan penggubal undang-undang Hong Kong bahawa kes ini akan memberi kesan terhadap imej ICAC, agensi anti-rasuah yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata penggubal undang-undang boleh membantu kempen PKR untuk memastikan bahawa kes itu akan disemak semula.

“Kami dinasihatkan mengambil kes ini dari perspektif untuk mengekalkan reputasi ICAC, kes itu boleh dibawa oleh ahli-ahli majlis perundangan di Hong Kong sebagai kempen.

“Ahli-ahli boleh bercakap kepada ICAC dan kajian jawatankuasa untuk menyemak kembali kes ini supaya nama agensi tidak disalahgunakan di luar negara,” katanya pada sidang akhbar disini.

Selepas menulis kepada semua 70 ahli majlis perundangan di Hong Kong, Rafizi berkata empat pihak dari kem pro-demokrasi atau pan-demokrat telah menyatakan minat dalam kes itu dan bersetuju untuk bertemu dengan delegasi PKR.

Ahli-ahli termasuk pengerusi Liga Sosial Demokrat Leung Kwok-Hung, James To Kun-Sun dari Parti Demokratik, Raymond Wong Yuk-Man dan pemimpin dari parti Kuasa Rakyat, serta pemimpin Parti Civic.

Rafizi berkata objektif misi dua hari pencarian untuk mendedahkan sebab-sebab di sebalik penutupan kes Musa oleh ICAC dan jika ia disebabkan keengganan untuk bekerjasama oleh pihak berkuasa Malaysia, serta untuk membuka semula siasatan kes pemindahan wang haram RM 40 juta melibatkan Musa dan peniaga kayu Sabah Michael Chia.

Beliau berkata delegasi itu akan memfailkan suatu tuntutan formal dengan Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC) ICAC untuk memohon kes itu dibuka semula, dengan perkembangan baru-baru ini menurut beliau memerlukan penyiasatan kedua.

Antara lain, Rafizi membangkitkan tentang pendedahan beliau baru-baru ini mengenai “suapan” yang diterima oleh keluarga Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dari Chia, yang katanya adalah suspek sebagai menteri Umno pertama “membersihkan” Musa dari tuduhan rasuah.

“Saya menulis secara rasmi kepada ICAC dan mereka membalas pada 9 November mengekalkan pendirian sama seperti sebelum itu, mereka perlu untuk melindungi kerahsiaan kes dan tidak berada dalam kedudukan untuk membocorkan maklumat.
MENYUSUL LAGI

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa