Monday, December 17, 2012

Aku Dah Rasa Tapi Belum Pasti Untuk Katakan

Hari ini terbit di Sinar kenyataan dari anggota Melayu DAP sendiri
Memang dialah kerbau yang membawa lumpur memalitkan semua
Diberikan madu di balas tuba
Reputasi pemimpim Melayu sudah dicemarinya
Kepercayaan bukanya mudah untuk dipulih dan diraih kembali

Tengku Aziz punya angkara!

Pemilihan DAP: Tunku Aziz punca calon Melayu tewas?
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Disember 2012
BAYAN BARU - Peletakan jawatan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Aziz Ibrahim dikatakan antara punca menyebabkan calon Melayu tidak dipilih untuk menganggotai 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Bekas ahli CEC, Zulkifli Mohd Noor berkata, perwakilan Cina mungkin sudah serik untuk memberikan peluang kepada calon Melayu bagi menganggotai jawatankuasa tertinggi itu.

Beliau yang sebelum ini pernah menjadi Naib Pengerusi DAP Kebangsaan melahirkan rasa kecewa kerana laluan yang diberikan kepada Tunku Aziz untuk jawatan kanan dalam parti itu dirosakkan dan menyebabkan kekuatan Melayu dalam DAP sedikit tergugat.

“Saya kecewa kerana kerusi yang saya beri kepada Tunku Aziz sudah dirosakkan. Sekarang kita nak dapat semula kerusi itu susah.

“Walaupun kita telah letakkan lapan calon pemimpin Melayu yang berkaliber, namun satu pun tidak terpilih kerana perwakilan sudah fikir kalau kerusi itu kita beri kepada orang Melayu mungkin akan rosak kedudukan orang Melayu,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Dalam pemilihan yang berlangsung kelmarin, Zulkifli turut gagal mengekalkan keahliannya dalam CEC apabila hanya meraih 215 undi sahaja.

Mengulas mengenai kekalahan calon Melayu, Zulkifli mendakwa perwakilan DAP tidak dapat menerima lagi ideologi Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP berbanding Barisan Nasional (BN) yang sudah pun menerapkan konsep itu dalam konsep 1Malaysia.

Zulkifli berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerapkan unsur-unsur Malaysian Malaysia dalam konsep 1Malaysia yang diperkenalkan setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan negara.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa