Friday, December 14, 2012

Dua Hari Isteriku Menangis

Pada mulanya saya tak tergamak nak layan kes ini 
Kerana selepas tengok videonya badan saya menjadi panas, terlalu panas..., hati menggelegak
Air mata menitis - sedih dan geram
Saya tak boleh tidur kerana asyik terkenangkan perlakuan binatang tu
Kalaulah binatang ni ada di depan mata atau terserempak,
Bagaimana dia lakukan terhadap kanak-kanak itu, itulah juga yang akan saya lakukan kepadanya

Yang hairan tu, ke mana ibunya?
Kenapa ditinggalkan di sarang bintang nih?
Atau ibunya pun jenis binatang juga, kerana jantan relakan anaknya diperlakukan apa saja?
Ke manakah perginya rasa kesihan belas dan naluri keibuannya?

Undang-undang pun satu hal juga,
Penjara maksimum hanya 20 tahun jer
Aku harap sangat supaya pihak polis yang menangkapnya buangkan rasa kemanusiaan sekejap
Balun dia cukup-cukup, biar dia rasa bagaimana kanak-kanak tu rasa!
Biar dia derita sebagaimana kanak-kanak itu deritai!

Dah dua hari isteri saya menagis terutama di dalam solat setelah tengok visual di TV bagaimana binatang ni menyeksa kanak-kanak .
Isy.. kaalaulah....

Maaflah kerana saya tak tergamak dan tak sanggup nak uploadkan video kejadian ini di sini
Seboleh-bolehnya saya ingin melupakannya

MEKANIK DITAHAN DERA ANAK TIRI

Seorang mekanik yang disyaki mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun, ditahan polis di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, Klang, kelmarin.

Penahanan dibuat susulan laporan diterima polis dari seorang pengadu yang juga kenalan suspek.Berdasarkan laporan terbabit, pengadu mendakwa melihat sebuah klip video di laman YouTube yang memaparkan penderaan dilakukan suspek ke atas mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pada jam 7 petang kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menyerbu rumah suspek dan menahannya kira-kira satu jam kemudian.Menurutnya, ketika ditahan, mangsa berada di rumah tersebut.Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan  ibu mangsa yang juga isteri kedua suspek.
“Suspek berusia 32 tahun itu kita tahan reman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
“Anak tirinya (mangsa) dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya, semalam.
Jani berkata, berdasarkan laporan hospital, terdapat banyak kesan luka lama dan baru ditemui pada seluruh badan mangsa.
“Kita percaya mangsa sudah lama didera oleh suspek, namun kesan luka baru menunjukkan ia dilakukan sejak dua bulan lalu,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kini masih dirawat di hospital terbabit dan perkara itu sudah dimaklumkan untuk pengawasan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, siasatan awal mendapati klip video yang menunjukkan penderaan terhadap mangsa dipercayai dirakamkan oleh isteri pertama suspek menggunakan telefon bimbit, sebelum dimuat naik ke YouTube.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya kini sedang menjejaki isteri pertama suspek bagi membantu siasatan. - sumber

2 comments:

  1. Kurang ajar betul bapak tiri budak ni.sial. . Hati binatang.kalu mak jumpa binatang ni biar mak siat siat kulit dia. . Lepas tu perah dgn air limau.ambik kao.lahanat. . .

    ReplyDelete
  2. Anon 10:31 AM/mak,

    Memang dajal dan keturunan setan. Semasa solat subuh tadi pun isteri saya masih menangis, mendoakan kesejahteraan kanak-kanak tu. Semoga Allah membalas siSetan itu dengan kadar kehendakNya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa